Menyokong Pusingan Kedua Liga Dunia Wanita atau Liga Hoki Malaysia (LHM)?
Enjin belum panas tetapi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) akan galas tugas besar pada awal tahun iaitu menganjurkan kejohanan antarabangsa dan liga tempatan pada masa serentak.
Skuad wanita negara kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah akan turun di Stadium Hoki Tun Razak, bermula 14 Januari ini untuk mencabar Pusingan Kedua Liga Dunia.
Kejohanan itu menyediakan 2 tiket ke Separuh Akhir Liga Dunia.
Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Hong Kong, Ireland dan Kazakhstan sementara Kumpulan A dibarisi Itali, Wales, Thailand serta Singapura.
Dua pasukan terbaik akan layak ke Separuh Akhir Liga Dunia, pentas yang belum pernah dijejaki pasukan wanita negara.
Bagaimanapun, beberapa hari sebelum itu LHM sudahpun bermula.
Terengganu Hockey Team, Kelab Hoki Kuala Lumpur, Tenaga Nasional Berhad yang memiliki jumlah penyokong ramai akan turun merebut Piala Tan Sri P Alagendra.
Soalnya, apa pilihan penyokong? Stadium Hoki Tun Razak atau LHM?
Saya perlu akui bahawa penyokong hoki di Lembah Klang tidak seramai Ipoh, Perak atau Johor Bahru mahupun Kuala Terengganu.
Jadi, kemeriahan itu pasti terjejas.
Pasukan wanita lebih memerlukan penyokong kerana mereka berjuang untuk layak ke Piala Dunia 2018, namun adakah aura perlawanan cukup untuk menarik penonton ke Stadium Hoki Tun Razak?
Tetapi, semangat kenegerian dan sokongan terhadap pasukan majikan juga penting.
Alangkah baiknya jika tarikh kedua-dua kejohanan tidak bertembung.
Seorang pengulas hoki terkemuka pernah berkata: "Malaysia terkenal dengan penyokong fanatik. Banyak pasukan mahu bertanding di Malaysia kerana daya tarikan itu. Penyokong Malaysia terkenal dalam dunia hoki," katanya.