Saingan bola sepak antarabangsa minggu lalu dihiasi terma "perfect hattrick" atau hatrik sempurna. Hatrik itu sendiri bukan sesuatu yang mudah untuk dihasilkan kerana pemain perlu mencari tiga gol dalam masa 90 minit permainan.
Apatah lagi untuk memastikan ketiga-tiga jaringan itu merangkumi gol dari kaki kanan dan kiri serta kepala, untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai yang sempurna.
Hatrik sempurna kini mungkin lebih digemari bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang muncul pemain La Liga pertama melakukannya musim ini ketika membantu Real Madrid menewaskan Real Sociedad. Kedudukan Los Blancos yang ketinggalan berbanding musuh tradisi, Barcelona, dan pasukan setempat, Atletico Madrid, ketika ini dilihat mampu diselamatkan jika Ronaldo terus memastikan rentaknya yang semakin baik sejak kalender 2018 dibuka, tidak bernokhtah.
Sepatutnya ada seorang lagi pemain yang berkongsi tumpuan yang sama dengan Ronaldo. Tarikh yang sama, pentas berbeza.. Sergio Aguero, menjaringkan bukan tiga gol, tetapi empat gol ketika memastikan Manchester City terus mengutip tiga mata di puncak Liga Perdana Inggeris. Malangnya, ketegasan Aguero mempertahankan jaringan pertamanya sebagai yang sempurna, hasil tandukan dari hantaran silang Kevin De Bruyne dinafikan singgah tepat di kepalanya, sekaligus mensia-siakan dua lagi jaringan selepas itu, yang terhasil dari rembatan kaki kanan dan kiri.
Ini menyaksikan 2018 masih belum menampakkan hatrik sempurna dari kancah Liga Perdana. Tahun lalu, pemain sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane, menutup kemarau gol selama sebulan dengan tampil memukau pada September. Dia merekod 11 gol buat kelab dan negara kelahirannya menerusi penambahan tiga gol dari hatrik sempurnanya ketika menentang Apoel Nicosa dalam saingan Liga Juara Juara Eropah.
Beginilah tahap permainan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kalau menyebut hatrik sahaja, Kane merupakan pemain paling cemerlang di Liga Perdana ketika ini dengan merekod enam hatrik pada 2017. Hatrik terakhirnya dilakar pada "Boxing Day" yang lalu, sekaligus memadam rekod terbanyak dalam satu tahun yang dipegang Bekas Kapten England, Alan Shearer, dan Aguero juga berpeluang untuk mencabar pula rekod hatrik keseluruhan yang masih dipegang Shearer. Aguero kini di kedudukan ketiga, di belakang seorang lagi legenda Inggeris, Robbie Fowler dengan 8 hatrik setakat ini.
Kalau di La Liga pula, senarai ini diketuai Ronaldo yang berhijrah ke Sepanyol pada 2009, mengatasi Alfredo Di Stefano dan Ferenc Puskas yang merupakan legenda yang mewarnai era 50-an dan 60-an dengan masing-masing 22 dan 12 hatrik. Hebatnya Ronaldo, 19 daripada 33 hatrik yang direkodkannya setakat ini dilakukan ke atas pasukan berbeza dan Sevilla dilihat lawan kegemarannya dengan menjadi mangsa sebanyak lima kali.
Jadi apakah 2018 akan menjadi medan pertempuran untuk Ronaldo mengumpul hatrik sempurna pula? Bagaimana pula Sergio Aguero yang pastinya masih geram tidak dapat mencetak hatrik sempurna pertamanya? Tetapi perlu diingat, Kane masih bergelar pakar hatrik yang pastinya perlu memperkemas sedikit sahaja kemahirannya untuk menjadi yang sempurna pula.