Mungkin tidak keterlaluan andai Dayang katakan bahawa dua kekalahan berturut-turut di tempat lawan ketika berdepan Tottenham Hotspur dan Newcastle United akan menjadi punca utama kegagalan Manchester United untuk merangkul tempat pertama dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Kini, skuad Red Devils sudah pun ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu liga dan hanya dibezakan dua mata dengan Liverpool di tangga ketiga. Tatkala aksi hanya tinggal 11 lagi baki perlawanan dan ditambah dengan aksi konsisten yang dipamerkan The Citizens dan The Reds, Mourinho perlu segera melakukan sesuatu andai tidak mahu United terus dipintas pasukan lain.
Biarpun berjaya membawa masuk Alexis Sanchez, namun jentera serangan United dilihat masih buntu dalam mendapatkan jaringan. Barisan tengah dan pertahanan pula seolah-olah seperti tiada keserasian dalam disiplin bertahan apabila mudah ditembusi pihak lawan.
Pemain-pemain United juga dilihat tidak cukup bagus dalam pertarungan bola di udara apabila kerap kehilangan bola selain hantaran bola tinggi yang mudah dipatahkan pihak lawan.
Adakah kemasukan Alexis yang menerima gaji tertinggi di United secara tidak langsung menimbulkan konflik dalaman? Dayang ada membaca laporan media antarabangsa yang mengatakan bahawa beberapa pemain tonggak seperti Paul Pogba dan David De Gea menggesa pihak pengurusan mempertimbangkan kenaikan gaji buat mereka.
Dayang berharap agar Mourinho segera memperbaiki segala kelemahan sedia ada kerana mereka bakal berdepan pasukan hebat selepas ini, iaitu aksi menentang Chelsea dan Liverpool, selain perlu memberikan tumpuan dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah berdepan Sevilla.