Bekas penggerak utama Perancis, Franck Ribery, pernah menyifatkan anugerah FIFA Ballon d’Or sebagai temasya meraikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Calon lain, katanya, boleh melupakan impian membawa pulang Bola Emas itu.
Ini cerita dulu.
Sejak tahun lalu, FIFA dan majalah bola sepak Perancis, France Football Ballon, meleraikan ikatan kerjasama yang terjalin sejak 2010.
Ramai maklum bahawa FIFA Ballon d’Or adalah gabungan dua anugerah – Pemain Terbaik Tahunan FIFA anjuran badan induk dunia itu dan Pemain Terbaik Eropah yang diwujudkan sejak 1956 hasil ilham pengarang France Football, Gabriel Hanot.
Asalnya, Ballon d’Or diiktiraf sebagai anugerah tertinggi untuk seorang pemain bola sepak. FIFA hanya mewujudkan anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1991.
Kedua-dua anugerah ini dibezakan mengikut format undian.
Pemain Terbaik FIFA diundi jurulatih dan kapten dari negara anggota FIFA, disusuli majlis penyampaian anugerah secara gilang-gemilang di ibu pejabatnya di Zurich.
Pemain Terbaik Eropah pula diundi oleh wartawan terpilih yang dilantik France Football. Lazimnya, pemenang akan diraikan di ibu pejabat France Football di Paris dan dijadikan wajah yang menghiasi muka depan majalah itu pada edisi November atau Disember.
Apabila FIFA dan Ballon d’Or disatukan, satu kelemahan format undiannya ialah kecenderungannya menjadi peraduan siapa lebih hebat dan siapa lebih popular.
Anugerah itu tidak meraikan pemain yang cemerlang untuk kelab dan pasukan negara dengan deretan kejayaan pada satu-satu musim
Sejak tahun lalu, FIFA menambah glamor anugerahnya dengan menamakannya The Best, termasuk meraikan Anugerah Puskas, manakala Ballon d’Or kembali kepada kewujudan asalnya.
Jumaat lalu, penulis menerima emel daripada ketua pengarang France Football, Pascal Ferre, mempelawa penulis untuk mengundi lagi.
Penulis antara 193 juri terdiri daripada wakil media seluruh dunia yang mengundi tiga pemain terbaik untuk anugerah tahun lalu, dengan pemain yang diletakkan di tangga pertama mendapat lima mata, tiga mata untuk di tangga kedua dan satu mata untuk di tangga ketiga.
Kriteria pemilihan ialah prestasi individu dan berpasukan, termasuk kejuaraan, kewibawaan pemain (kemahiran dan kesukanan/fair play) serta kerjaya pemain itu sendiri .
Tahun 2016, penulis memilih Ronaldo, Antoine Griezmann dan Luis Suarez tetapi kesudahannya Ronaldo, Messi dan Griezmann diundi sebagai tiga pemain terbaik.
Anugerah The Best yang akan diumumkan hujung bulan ini menjadi rebutan antara Ronaldo, Messi dan Neymar.
France Football pula dalam proses mengumpul semua undian.
Bagi anda pula, manakah yang lebih penting atau anugerah mana lebih tepat dalam memberi ganjaran kepada pemain?
Anugerah Pemain Terbaik The Best FIFA atau Ballon d’Or?