Pada 22 November 2018 lalu, sukan negara dikejutkan dengan hukuman gantung selama empat tahun kepada lima atlet angkat berat negara yang disahkan positif doping.
Atlet terbabit ialah Hafifi Mansor, Fazrul Azrie Mohdad, Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhammad Zaidi Nordin dan Ronny Jesus.
Dengan hukuman maksimum yang telah dijatuhkan buat lima atlet itu menandakan arena sukan angkat berat negara terpaksa melupakan aksi Hafifi dan Fazrul selepas ini termasuklah di pentas Olimpik Tokyo 2020.
Apa yang ditekankan oleh Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) adalah bagaimana atlet-atlet yang terlibat dalam kes doping ini memberi kerjasama yang sebaiknya dalam menjelaskan perkara sebenarnya sehingga dipalit isu doping.
Jelas naib presiden PABM, Ahmad Janius Abdullah, ada antara atlet terbabit sekadar ambil mudah dengan kes sebegini dan ibarat menyembunyikan punca sebenar bagaimana terjadinya kes doping ini.
Persoalan seperti bagaimana bahan terlarang itu diambil atau siapakah dalang di sebalik hadirnya bahan tersebut dalam kalangan atlet angkat berat belum terungkai.
Situasi sebegini yang harus diselesaikan sekiranya ingin elak kes seumpama ini berterusan berlaku dalam arena sukan angkat berat negara.
Fazrul Azrie selaku pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast ketika dihubungi tidak berpuas hati dengan hukuman yang telah dijatuhkan kerana menganggap ini adalah kesalahan pertamanya dan didapati positif doping di luar kejohanan.
namun, dengan hukuman penggantungan yang telah diberi kepada lima atlet itu diharap memberi pengajaran buat semua atlet selepas kes doping ini ibarat tiada berpenghujung dalam sukan angkat berat negara.