Tatkala tumpuan kita hanya terarah kepada pasukan negara bagi acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, kelibat lawan berlainan kumpulan lebih menarik perhatian penulis.
Yang dimaksudkan ialah skuad bawah 22 tahun Indonesia atau dikenali dengan jolokan 'Garuda Muda' selaku pencabar daripada kumpulan B.
Sememangnya kejayaan mengikat juara bertahan, Thailand, 1-1 pada perlawanan pertama adalah satu perkara menarik untuk diperkatakan buat pasukan berkenaan.
Benar, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam kempen kelayakan AFC Bawah-23 2018 di Bangkok, Thailand bulan lalu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Tetapi ketika itu perlawanan berlangsung dalam keadaan padang becak akibat hujan sekali gus menyukarkan pergerakan kedua-dua pasukan terutama Thailand yang menerapkan corak permainan hantaran pendek.
Namun, Indonesia membuktikan mereka kini benar-benar setanding dengan Thailand menerusi keputusan pada Selasa dan ia sekaligus bagaikan satu amaran kepada lawan lain termasuk Malaysia.
Cabaran skuad negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee dalam saingan kumpulan A juga bukan semudah seperti yang disangka, namun dijangka berkeupayaan untuk melangkah ke separuh akhir.
Ketika kita lebih mahu mengelak Thailand di peringkat separuh akhir, Indonesia pula tampak lebih berbahaya walaupun skuad muda negara membelasah lawan 3-0 pada saingan kelayakan AFC tempoh hari.
Perlawanan itu sememangnya tidak boleh diambil dikira kerana pentas Sukan SEA adalah sangat berbeza atau dalam bahasa bola sepak 'different ball game'.
Pemain-pemain muda Garuda seperti Evan Dimas, Febri Hariyadi dan Marinus Mariyanto tampak mampu menjadi ancaman besar terhadap lawan dengan jurulatihnya, Luis Milla Aspas, juga lebih bersedia menerusi ramuan terbaiknya kali ini.
Apa pun, buat pemain negara atau peminat usah memikirkan mengenai siapa lawan di separuh akhir kerana apa yang lebih penting kita layak ke separuh akhir terlebih dahulu.
Dan siapa pun lawan di separuh akhir, kita 'langgar' saja!