PEMERGIAN Allan Harris hampir sebulan sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-75 minggu lalu tentunya perkhabaran sedih bagi penggiat bola sepak tempatan yang mengenalinya.
Bagi penulis yang membuat liputan sejak hari pertama Harris menjejakkan kaki di Wisma FAM pada Disember 1998 sehinggalah beliau meninggalkan Malaysia selepas kempen pra-Olimpik berkesudahan dalam nada kecewa pada 2004, pertemuan sama ada di pejabatnya di tingkat 4 di FAM, di meja makan ketika misi skuad kebangsaan di luar negara mahupun perbincangan di tepi padang selepas latihan, membawa seribu kenangan.
Dilantik secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun pada September 1999, misi pertama Harris ialah membentuk skuad bawah 19 tahun dalam pusingan kelayakan Kejohanan Asia AFC Bawah 20 tahun.
Dinafikan khidmat Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang dilarang bermain disebabkan sudah membuat penampilan pada peringkat lebih tinggi, iaitu pra-Olimpik 1999, Harris menyandarkan harapan kepada Syamsuri Mustaffa, Mazuki Yusof, Norhafiz Zamani Misbah, Indra Putra Mahayuddin, Rudie Ramli, Fadzli Saari, K. Rajan, Zulkifli Affendi Zakri, Irwan Fadzli Idrus dan Zairo Anuar Zailani.
Munculnya Azralan Azmi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Akmal tepat pada waktunya dengan menelurkan enam gol – hatrik ketika menentang Macau dan Korea Selatan.
Seterusnya tempoh lima tahun berikut penuh warna-warni buat Harris.
Selepas Abdul Rahman Ibrahim memutuskan untuk menyahut cabaran selaku jurulatih Selangor, Harris dinaikkan pangkat dengan ditugaskan membentuk skuad menghadapi Pra-Piala Dunia 2001.
Selepas pulang daripada kunjungan ke Australia dan Fiji, Harris berdepan masalah disiplin apabila dua penjaga gol – Azmin Azram Aziz dan Kamarulzaman Hassan – melanggar waktu perintah berkurung, lantas membuka ruang buat Mazlan Wahid disenaraikan semula bersama Syamsuri.
Lapan belas pemain lain yang membentuk skuad senior pertama Harris ialah Ghani Malik, B. Rajanikandh, Rosdi Talib, Bahtiar Othman, Anuar Jusoh, Khairil Zainal, Shukor Adan, Bobby Pian, Jaafar Salleh, Ahmad Shahrul Azhar Sofian, Gilbert Cassedy Gawing, Hairuddin Omar, Rusdi Suparman, V. Saravanan, selain empat pemain bawah 20 tahun, Zamani, Akmal, Juzaili dan Irwan.
Kesudahannya Harris diberi kepercayaan mengendalikan skuad Sukan SEA 2001, Piala AFF 2002, Sukan Asia Busan 2002, pra-Piala Asia 2003, Sukan SEA Hanoi 2003 dan misi terakhirnya, pra-Olimpik 2004.
Penggemar curut yang bijak mengendalikan emosi pemainnya serta memahami batas dan kemampuan anak didiknya, Harris harus berterima kasih kepada dua individu – Tan Sri Dr Ibrahim Saad dan penolong setianya, B. Sathianathan, sepanjang tempoh merencanakan hala tuju skuad negara.
Berasal dari selatan London dengan pelat Cockneynya yang pekat, percakapan Harris tidak difahami oleh kebanyakan pemain.
“Saya dan Sathia yang menjadi penterjemah Allan,” kata Ibrahim mengenang detik itu.
Ibrahim intim dengan pasukan kebangsaan atas kedudukannya selaku pengurus pasukan merangkap Naib Presiden FAM.
Bagi Sathianathan pula, tugasnya bukan sekadar penterjemah bahasa bahkan pengulas taktik dan latihan Harris disebabkan tugasnya sebagai penolong jurulatih.
Bahkan bukanlah rahsia bahawa Sathianathan merangka semua laporan dan kertas kerja untuk Harris, seorang jurulatih “sekolah lama”.
“Kawan-kawan yang mahu melawat Allan tidak dibenarkan berbuat demikian kerana keluarganya mahu mendiang dikenang sebagaimana di waktu sihatnya,” kata Sathianathan.
Tiga detik penting mewarnai tempoh kerjaya Harris waktu itu – kekalahan 1-0 dalam final Sukan SEA 2001 di depan penyokong sendiri gara-gara kesilapan Kamarulzaman, selain dua kemenangan manis ke atas musuh ketat dalam Piala AFF 2002.
Ngauman Harimau Malaya mendera Singapura di Stadium Nasional Kallang dengan kemenangan 4-0, disusuli kemenangan 3-1 ke atas Thailand yang diperkuatkan oleh Therdsak Chaiman, Kiatisuk Senamuang, Worawoot Srimaka dan Surachai Jatturapatarapong.
Malangnya sinar itu berkerdipan hanya seketika.
Bahagian Dua: Penulis nyaris bertumbuk dengan Harris
BIODATA
Allan John Harris
Tarikh lahir: 24 Disember, 1942
Tarikh meninggal dunia: 23 November, 2017
Kerjaya (pemain):
1957-1958 – Sekolah-sekolah England
1958-1964 – Chelsea, remaja England
1964-1966 – Coventry City
1966-1967 – Chelsea
1967-1971 – Queens Park Rangers
1971-1974 – Plymouth Argyle
Kerjaya (pengurus):
1976-1980 – Penolong jurulatih Crystal Palace
1980-1984 – Penolong jurulatih QPR
1984-1987 - Penolong jurulatih Barcelona
1987-1989 – Penolong jurulatih Spurs
1990 - Ketua jurulatih Espanyol
1990-1991 – Perunding sukan antarabangsa
1992-1993 – Ketua jurulatih Kuwait Sporting Club
1993-1995 – Ketua jurulatih Al-Ahly FC (Mesir)
1996-1997 – Ketua jurulatih Masra (Mesir)
1999-2004 – Jurulatih Malaysia