Perlawanan pertama bagi pendatang baru Liga Super 2018 , Kuala Lumpur adalah berdepan “orang lama” iaitu Selangor. Biarpun tewas 0 – 2 di laman sendiri, penulis yang merupakan anak jati Kuala Lumpur amat berbangga melihat penyokong-penyokong kembali berkumpul dan memberikan sokongan padu terhadap pasukan Kuala Lumpur.
Sejujurnya, sudah lama penulis dan juga penyokong Kuala Lumpur sendiri menunggu kembalinya pasukan ini ke kancah utama saingan liga di Malaysia selepas terlalu lama menyepi di liga bawahan.
Melangkah masuk ke Stadium Bolasepak Cheras yang telah diubahsuai juga kembali mengingatkan penulis ketika era sebelum kejatuhan Kuala Lumpur. Jika dulu penulis dibesarkan pada waktu Chow Kwai Lam membawa Kuala Lumpur menjadi pasukan paling disegani pada lewat 80-an. Penulis juga masih mengingati beberapa tonggak Kuala Lumpur seperti Nizaruddin Yusoff dan Mohd Farid Dewan sebelum The Hawks menyepi dan mengalami kejatuhan prestasi.
Jadi kekalahan pada perlawanan pertama bukanlah isu utama bagi penulis kerana sebenarnya, persembahan yang dipamerkan anak-anak buah Fabio Magrao cukup baik sebagai pendatang baru. Lebih penting, anak-anak muda dan warga kota Kuala Lumpur kembali menyarung jersi merah putih yang merupakan jersi utama pasukan The City Boys.
Selepas ini Kuala Lumpur akan ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ,bertemu Negeri Sembilan yang merupakan pesaing mereka di liga perdana musim lalu. Skuad Hobin Jang Hobin juga tewas perlawanan pertama mereka kepada PKNP dan perlawanan ini pastinya menarik memandangkan kedua-dua pasukan amat memerlukan kemenangan.