Penantian peminat setia Selangor untuk menyaksikan penyerang veteran kebangsaan, Amri Yahyah kembali menyarung jersi keramat merah kuning akhirnya menjadi kenyataan musim ini.
Amri kembali ke Selangor ketika pintu perpindahan kedua Liga M yang dibuka kini, selepas setengah musim bersama Melaka dan tiga musim bersama Johor Darul Takzim (JDT).
Biarpun empat tahun meninggalkan Selangor, nama Amri tetap sinonim dengan bekas juara Piala Malaysia 33 kali itu malah, pemain kelahiran Tanjong Karang ini juga tidak pernah menolak kemungkinan kembali ke pasukan kelahirannya sebelum ini.
Penulis mula mengenali Amri ketika skuad Selangor mengadakan latihan pra musim di Perth, Australia pada Januari 2005.
Bagi penulis, Amri seorang pemain bola sepak yang juga amat mencintai sukan itu dan tidak hairanlah, mengapa dia masih mampu beraksi di kelompok elit walaupun sudah menjangkau usia 36 tahun kini.
Jika kita lihat pada kelibatnya ketika berlatih dan beraksi kini, penulis percaya Amri masih mampu mengerah kudrat selama beberapa musim lagi selaku pemain profesional dan menjadi contoh terbaik buat pemain muda.
"Syukur alhamdullilah, kepulangan saya, berkat doa keluarga dan rakan-rakan selama ini.
"Saya akan cuba membantu Selangor mengukuhkan kedudukan liga di akhir musim dan juga cuba membantu pasukan dalam saingan Piala Malaysia," kata Amri ketika ditemubual penulis untuk liputan Nadi Arena minggu lalu.
Amri setakat ini sudah melalui perjalanan karier yang cukup cemerlang buat seorang pemain tempatan dan dia antara pemain tempatan yan sudah merasai kesemua kejuaraan utama Liga M.
Pada mulanya, kepulangan Amri ke Selangor tampak seperti tidak akan menjadi kenyataan selepas pemain itu sebelum ini memberi pengesahan untuk kekal di Melaka sehingga akhir musim.
Di sini,pujian mungkin wajar diberikan kepada pucuk pimpinan baru Persatuan Bola Sepak Selangor yang diterajui Datuk Seri Subahan Kamal, kerana meningkatkan usaha membawa pulang pemain legenda ini.
Apa pun, kepulangan Amri serta awang import kesayangan dari Indonesia, Andik Vermansah kini mungkin memaksa pengendali Selangor, P Maniam memutuskan sama ada kekal dengan formasi 3-4-3 atau tidak.
Amri memang mampu beraksi di pelbagai posisi berbeza namun, dia kerap tampak lebih menyinar sebagai penyerang sokongan dan dengan kehadiran Andik di posisi sayap, mungkin sistem menggunakan pemain bek sayap tidak lagi sesuai.