Skip to main content

Advertisement

Rencana

AJFC 2018: Misi merebut tempat ke Jerman bermula

ajfc-4.jpg
Berkampung selama empat hari di Universiti Krungthep Thonburi, Bangkok Thailand, 57 peserta yang terpilih dari sembilan negara terlibat iaitu tuan rumah Thailand, Sri Lanka, China, Filipina, Indonesia, Taiwan, Singapura, Laos dan Malaysia harus merebut peluang bagi merebut kuota untuk ke Munich, Jerman.

Peserta-peserta menjalani latihan dan mempelajari teknik menerusi jurulatih-jurulatih di Thailand yang diketuai jurulatih dari Munich sendiri iaitu Carsten Larkies. Beliau yang juga merupakan bekas pemain pasukan Jerman dan Bayern Munich kini menggalas tugas sebagai jurulatih antarabangsa pasukan Bayern Munich dan ketua jurulatih program ini di Kem Asia.

Peserta Kem Asia menjalani latihan intensif selama dua hari dan akan dibahagikan kepada pasukan bagi beraksi dalam perlawanan bola sepak bagi menguji ketrampilan mereka dalam aksi berpasukan. Tempoh tiga hari bermakna itu menjadi titik tolak buat peserta-peserta menumpukan sepenuh perhatian dan melakukan sehabis baik samada secara individu mahupun aktiviti berkumpulan.

Malam terakhir di Bangkok,  telah diadakan majlis kebudayaan melibatkan 9 negara yang menyaksikan peserta-peserta mempersembahkan pelbagai tradisi dan kebudayan mereka. Pasukan Malaysia antara yang menjadi tumpuan dengan mengangkat dikir barat sebagai pengenalan kepada salah satu budaya di negara Malaysia.

Keesokan harinya, saat debaran untuk setiap mereka melalui fasa akhir bagi pemilihan ke Jerman sebelum masing-masing pulang ke negara asal pada lewat petangnya. Dimulakan dengan perlawanan bola sepak sepasukan, dan pengumuman untuk mereka yang berjaya ke peringkat seterusnya. 

Rata-ratanya, 10 peserta dari Malaysia mendapat pujian dari jurulatih atas prestasi yang begitu baik di peringkat ini, namun harus menerima hakikat hanya dua orang yang layak ke Jerman dan mereka adalah Daniel Phoon Chun Tuck dan Kumaran Raman. 

Selesai majlis penutup, masing-masing bergegas mengemas bagasi pakaian dan terus ke Lapangan Terbang Suvarnabumi untuk pulang ke kampung halaman. Episod di Thailand sudah berakhir. Biarpun tidak semua ke Jerman harus diambil kira pengalaman yang diterima di peringkat Asia ini.

Dua orang peserta yang terpilih akan terbang ke Jerman pada hujung Ogos dan mungkin juga sempat melaungkan ‘merdeka’ di sana memandangkan mereka akan berada di sana sehingga 31 Ogos nanti. Saya akan tulis perjalanan mereka di sana nanti.Sehingga berjumpa di siri penulisan akan datang. Sekian.
 

Advertisement

Must Watch Video