Skip to main content

Advertisement

Rencana

AJFC 2018: Ke Bangkok kita

ajfc3.jpg
Seawal jam 5 pagi pada 16 Julai, 10 peserta Kem Bola Sepak remaja Allianz(AJFC) telah bersedia menyahut cabaran ke Kem Asia bertempat di Bangkok, Thailand. Masing-masing mengenakan baju seragam tertera Allianz. “Disiplin sungguh," detik hati saya apabila melihat remaja-remaja ini yang sudah bersedia dengan bagasi mereka di LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ya disiplin itu elemen penting untuk berjaya dalam kehidupan!

Pada usia 16 tahun, mereka mewakili negara ke peringkat Asia, dalam bidang yang mereka sukai. Alangkah beruntungnya anak-anak muda ini bisik saya lagi. Dalam penerbangan yang mengambil masa kurang lebih 2 jam itu, sempat kami mengumpul kembali  susut tenaga dari bangun awal pagi tadi.

Rupanya-rupanya kami perlu menempuh lebih kurang 2 jam lagi perjalanan ke tempat penginapan dan latihan iaitu di Universiti Krungthep Thonburi. Tiada sebarang latihan diadakan pada hari pertama di Bangkok. Penyertaan di Kem Asia juga menyaksikan penglibatan 8 negara yang lain termasuk Thailand, Filipina, Sri Lanka, China, Taiwan, Laos, Singapura dan Indonesia.

57 peserta keseluruhan disambut dengan gembira oleh pihak penganjur bersertakan sesi “ice breaking” untuk mereka ambil kesempatan berkenalan sesama sendiri. Mereka akan melalui sesi latihan selama 2 hari sebelum menempuh perlawanan bolasepak dalam pasukan yang bakal ditentukan. Oleh itu mereka diberi rehat awal demi persediaan latihan di awal pagi keesokan harinya.

Apa yang pasti, sudah tentu pelbagai perasaan bermain di hati dan fikiran anak-anak muda ini. Bentuk cabaran bagaimana yang perlu ditempuh? “Mampukah aku melakukan yang terbaik?”. Nantikan pengalaman mereka di Bangkok dalam siri akan datang..

Advertisement

Must Watch Video