Skip to main content

Rencana

Ah Hoe dah sah.. Marcote atau Kiatisuk? KFA jangan kedekut tau!

29416chenghoe.jpg
Nyata isu Tan Cheng Hoe dan Kedah telah menarik minat ramai penganalisis bola sepak negara bukan sahaja di Kedah, malahan seluruh negara.

Pelbagai persepsi dilontarkan. Ada yang menyokong, ada juga yang membantah. Malahan, ramai juga yang memberikan sokongan kepada Ah Hoe untuk meneruskan karier kejurulatihannya ke peringkat yang lebih tinggi.

Tidak ketinggalan yang terus kepada jawapan kononnya ia dibuat untuk melemahkan Juara Piala Malaysia 2016 ini. Tutup cerita persepsi.

Kita beralih kepada persoalan siapa pengganti Tan Cheng Hoe. Beberapa nama disebut-sebut bakal ke Darul Aman untuk mengambil alih tugas yang ditinggalkan Ah Hoe.

Paling popular ialah Roman Marcote -- individu yang pernah memangku tugas Ah Hoe pada pertengahan musim 2015 dulu ketika ketua jurulatih itu berkursus di China

Ikut rekod dan pengalaman bersama Kedah, KFA tak perlu pening kepala kerana Roman sudah biasa dengan skuad mantap ini.

Nama kedua pula, bekas jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang, yang juga punya pengalaman beraksi di Malaysia satu ketika dahulu.

Difahamkan, kedua-dua calon ini telah pun dihubungi pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah ((KFA).

Satu lagi nama yang akan memudahkan secara keseluruhan perjalanan pasukan tidak lain tidak bukan adalah Azraai Khor Abdullah.

Ketiga-tiga nama punya rekod yang sangat meyakinkan.

Namun, yang menjadi kebimbangan ialah kemampuan KFA membayar gaji yang bakal diminta oleh ketiga-tiga calon?

Harga ketiga-tiganya cukup berbeza. Itu tidak termasuk dengan pasukan kejurulatihan yang mungkin akan dibawa mereka sendiri.

KFA kena bersiap-sedia menghadapi sebarang isu, khususnya hal kewangan. Takut bila dah jadi juara, jurulatih atau pemain minta gaji naik seribu, KFA kata tak boleh! "Nak amik, tak mau sudah."

Itu belum masuk bonus perlawanan, kena bersedia lebih awal. Jangan dah menang empat perlawanan, bonus pertama pun lewat dibayar.

Jadi, pilihan saya untuk menerajui kerusi jurulatih mungkin Ramon atau Azraai. Kiatisuk mungkin masih lagi dalam proses menenangkan fikiran selepas berpisah dengan skuad utama Negara Gajah Putih itu.

Segala-galanya terarah kepada bajet KFA. Nak makan nasi briyani tapi bajet nasi goreng.... susah la sikit!

Tapi saya percaya kepada kepimpinan KFA yang efisyen, tidak gila jawatan serta begitu arif tentang bola sepak, KFA mampu untuk mempertahankan status sebagai pasukan terbaik negara.

Jadi sama-sama kita nantikan.

P/S: Di mana Piala Malaysia yang Kedah menang pada 2016 kini berada? Takut ada di rumah kenduri kahwin.

 

Advertisement

Must Watch Video