Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz pernah menyuarakan hasrat menjalankan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menguji pemain Liga Malaysia 2018.
Impian itu dipendam sejak 2010 dan makin kuat apabila beliau diamanahkan semula mengetuai Adamas pada tahun lalu.
"FAM sudah memiliki pasukan perubatan mereka sendiri untuk menjalankan ujian doping. Akses kami terhad tapi saya fikir ini langkah yang penting untuk memastikan semua pemain bersih daripada sebarang penggunaan bahan terlarang.
"Lebih-lebih lagi, Adamas dibenarkan menguji semua atlit Malaysia pada bila-bila masa kecuali bola sepak," katanya.
Wujud persoalan mengapa Adamas tidak boleh menjalankan ujian mengejut terhadap pemain Liga Super atau Perdana secara khusus sedangkan mereka boleh menguji bintang sukan negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Azizulhasni Awang atau Pandelela Rinong bila-bila masa?
Apa istimewa bola sepak hingga Adamas tidak boleh menguji pemain?

Sepatutnya, akses Adamas tidak boleh dihalang terutama di Malaysia kerana mereka tidak terikat dengan mana-mana pihak.
Setakat ini, Adamas dibenarkan menguji skuad Bawah 23 Tahun. Itupun kerana mereka mencabar Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.
Saya fikir, fungsi dan tugas Adamas akan lebih berkesan jika mereka dibenarkan menguji mana-mana atlit, tidak kira berpangkat datuk atau menerima gaji ratusan ribu ringgit demi memastikan sukan Malaysia bebas bahan terlarang.

Jika soal dana jadi halangan (kerana Liga Malaysia membabitkan ramai pemain), maka inilah saat terbaik untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Anti Doping (Adams) yang hanya memilih pemain berisiko tinggi.
Adamas hanya menunggu lampu hijau FAM.
Andai dibenarkan, maka FAM juga akan terbukti lebih telus untuk menghalang penggunaan bahan terlarang daripada bersarang dalam pasukan Liga Malaysia.
Dua tahun menjelang Sukan Olimpik Tokyo, saya fikir Adamas patut serbu Liga Malaysia.