Skip to main content

Rencana

Ada yang serius, ada juga yang main-main

logo-liga-super.jpg

Tinggal dua minggu lagi menjelang sepak mula Liga Malaysia musim 2017 namun sebahagian pasukan dilihat masih belum bersedia jika melihat kepada senarai pemain yang sudah bersama pasukan masing-masing ketika ini.

Paling ketara sudah tentu kuota pemain import yang masih belum terisi oleh kebanyakan pasukan ketika fasa menguji pemain terus berjalan.

Malah,ada pasukan seperti Pulau Pinang,Selangor dan Perlis masih sibuk menguji pemain tempatan,perlihatkan pihak pengurusan terlalu lembab dalam urusan persediaan pasukan.

Satu lagi aspek ialah perlawanan persahabatan pra musim apabila difahamkan Selangor dan Kelantan baharu sahaja lalui satu perlawanan manakala Pulau Pinang hanya akan beraksi buat kali pertama menentang Felcra pada 6 Januari.

Suasana ini bukan sesuatu yang sihat bagi saingan Liga Malaysia seolah-olah seperti ada sesuatu yang tidak kena terhadap perancangan pihak pengurusan.

Sepatutnya dalam tempoh ini,pasukan sudah punyai pemain mencukupi dan  boleh memikirkan langkah terakhir iaitu menerapkan corak taktikal yang jitu dalam kalangan pemain.

Yang nampak benar serius kali ini sudah tentu JDT diikuti Perak,Melaka dan PKNS yang awal-awal lagi berjaya memancing pemain mereka hendaki.

Jika arah perjalanan di awal musim sudah betul melalui kerja yang pantas di peringkat pengurusan maka ia sudah tentu memudahkan perancangan jurulatih.

Kita tidak mahu mendengar rungutan daripada jurulatih bahawa alasan pemain belum serasi atau import baharu tiba sebagai alasan yang sama tiap musim.

Apa yang berlaku pada masa ini melambangkan pengurusan pasukan masih bersifat amatur dan terlalu mengikut kerenah birokrasi(sentiasa menunggu jawapan pihak atasan).

Harapan sentiasa tinggi melangit namun usaha sekadar melepaskan batuk di tangga..itu paling sinonim buat bola sepak Malaysia setakat ini.

 

Advertisement

Must Watch Video