Skip to main content

Rencana

Ada apa dengan Chong Wei

lee-chong-wei.jpg
Sejauh mana mungkin komplikasi yang membelenggu kesihatan Datuk Lee Chong Wei?

Sememangnya dia tidak pernah gagal dalam menghadirkan kejutan sama ada di dalam atau di luar gelanggang.

Terkini, sesuatu yang tidak diduga, dipaksa melupakan Kejohanan Dunia 2018 dan Sukan Asia Indonesia 2018 yang berupaya jadi penampilan terakhir buat dirinya.

Ketiadaan kudratnya di gelanggang latihan lebih daripada kebiasaannya menjelang Kejohanan Dunia wajar menimbulkan kegusaran.

Ini sebelum Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa  dia dalam waktu berehat daripada sebarang aktiviti fizikal gara-gara komplikasi pernafasan.

Hanya kecederaan serius benar-benar mampu mengetepikan Chong Wei daripada beraksi sebelum ini, itupun dia masih berkeras untuk memburu kejayaan seperti Seluruh England 2017.

Kebiasaannya, titipan khabar atau pertanyaan saya, ringan buat dia untuk dijadikan permulaan bicara peribadi.

Apakah akhirnya usia sudah mula memainkan peranan dalam membataskan kudrat sang legenda ini.

Adakah ini pengakhiran yang datang memanggil Chong Wei selepas gemilang demi gemilang menghiasi susuk peribadi dan pertiwi.

Acapkali Chong Wei menutup mulut pengritik, mereka yang meragui kemampuan dia dalam apa jua situasi.

Ada apa sekalipun dengan Chong Wei, pasti satu Malaysia mahu melihat dia bangkit semula.

Satu kali lagi Datuk, Ayuh!

Advertisement

Must Watch Video