Nama kedua-duanya memiliki sedikit sekali kelainan dari segi ejaan dan sebutan – seorang Abdellatif Baka dari Algeria dan seorang lagi, Abdul Latif Romly, pula kebanggaan Malaysia.
Namun, persamaan ketara di antara kedua-duanya ialah mereka sama-sama luar biasa daripada erti kata sebenarnya.
Barangkali sehingga kelmarin, tidak ramai yang mengenali Abdellatif Baka. Tetapi dalam masa kurang daripada empat minit, namanya menjadi sebutan di serata dunia, menjadi viral dari negara dunia pertama hinggalah ke pelosok paling suram di negara dunia ketiga.
Selaku seorang peserta cacat penglihatan dalam Sukan Paralimpik Rio, Abdellatif mengungguli acara 1,500 meter T13 (rabun tapi tidak sampai ke tahap buta) dengan catatan rekod dunia Paralimpik 3 minit 48.29 saat, meninggalkan di tempat kedua, Tamiru Demisse dari Habsyah (3:48.49s), dan Henry Kirwa dari Kenya (3:49.59s). Menyusul di tempat keempat ialah adik Abdellatif sendiri, Fouad Baka (3:49.84s).
(Kategori T11, T12 dan T13 adalah untuk peserta kelainan upaya dari segi penglihatan. T11 adalah untuk kecacatan penglihatan paling teruk manakala T13 untuk tahap paling kurang).
Bukanlah sangat kemenangan Abdellatif menjadi tarikan, sebaliknya pemenang tempat pertama hingga keempat acara itu semuanya mengatasi catatan kejayaan pingat emas atlet normal dalam acara yang sama dalam Sukan Olimpik Rio tiga minggu lalu – pelari Amerika Syarikat, Matthew Centrowitz, meraih emas dengan masa 3 minit 50.00 saat.
Perbandingan kasar akan mencadangkan Abdellatif, Demisse dan Kirwa ketiga-tiganya layak meraih pingat dalam Sukan Olimpik Rio jika mereka ikut serta. Sebaliknya, jika Centrowitz yang menyertai Paralimpik, dia hanya akan berpuas hati di tempat kelima.
Sekali imbas juga, ia memberi gambaran bahawa atlet para mampu bukan sekadar bersaing, malah mengungguli saingan bersama atlet normal jika kena pada keupayaan dan acaranya – dengan acara 1,500 meter Paralimpik itu sekadar satu lagi bukti ketara.
Contoh paling diingati haruslah ‘Bladerunner’ dari Afrika Selatan, Oscar Pistorius, yang menyertai acara 400 meter Sukan Olimpik London 2012 di sebalik kontroversi bantahan atlet normal – penyertaannya hanya dibenarkan dengan campur tangan Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) – tetapi dia gagal memenangi pingat.
Berbalik kepada ‘keajaiban’ Abdellatif, pakar-pakar sukan dunia, bagaimanapun, segera merumuskan catatan masanya tidak semestinya bermakna dia terjamin memenangi pingat jika memilih menyertai Sukan Olimpik tiga minggu terdahulu, dengan alasan 1,500 meter adalah satu acara penuh taktikal berbanding diukur dengan catatan masa semata-mata.
“Acara lari jarak jauh dalam Sukan Olimpik dimenangi berlandaskan taktik, perlumbaan yang ada kalanya perlahan sebelum memecut pada 500 meter terakhir. Masa kemenangan Centrowitz di Rio adalah yang paling perlahan sejak Sukan Olimpik 1932.
“Juga sebagai perbandingan, peserta dalam Sukan Paralimpik mengekalkan kelajuan mereka di sepanjang perlumbaan, dengan berlari sepantas yang mereka mampu tanpa sangat bergantung kepada taktik,” tambah mereka.
Dalam pada itu, pakar-pakar berkenaan juga mengakui keputusan dalam acara 1,500 meter kelmarin adalah salah satu “detik paling menakjubkan” dalam sejarah Sukan Paralimpik dan tiada apa-apa yang mampu meragut Abdellatif, Demisse, Kirwa dan Fouad daripada kegemilangan dan keajaiban yang dicipta mereka.
Berganjak pula kepada Abdul Latif Romly, pemenang pingat emas Malaysia, Ahad lalu, dalam acara lompat jauh T20 dengan catatan rekod dunia Paralimpik, 7.60 meter – menyusuli dua rekod dunia terdahulu 7.47 meter dan 7.54 dalam lompatan awalnya.
Kini, mengambil inspirasi daripada kejayaan itu, Abdul Latif, mengintai peluang untuk beraksi dalam Sukan Sea Kuala Lumpur tahun depan, bukan sekadar mahu mengukur keupayaannya dengan atlit normal, malah bertekad mengalahkan mereka.
“Saya mahu menjadi legenda,” katanya ringkas tetapi tersirat seribu makna dalam menggambarkan betapa di dalam tubuh seorang yang ditakrifkan kelainan upaya sepertinya, bersemarak semangat dan keinginan meluap-luap untuk mencabar diri dalam memburu kegemilangan.
“Saya mahu beraksi dengan atlit normal pula, saya tahu susah tapi saya sukakan cabaran.”
Baik buat Abdellatif mahupun Abdul Latif, jelas tiada had sempadan mahupun kecacatan yang dapat menyempadani semangat, keinginan dan keluarbiasaan mereka.
Bezanya, sambil Abdellatif mengatasi rekod dunia Paralimpik ketika mengungguli acara 1,500 meternya, Abdul Latif anak Malaysia pula tiga kali melakukannya dalam acara lompat jauh T20 yang dijuarainya.
Terbanglah Latif, Latif terbang!