Sukan Asia Beijing 1990 pastinya paling dingati buat sejarah sepak takraw Malaysia apabila pasukan negara membawa pulang dua pingat emas.
Mereka ialah Nordin Sabaruddin, Rehan Mohd Din, Malek Shamsuddin, Noor Rani Adnan, Mohd Noor Abdullah, Rosli Abdul Rahman, Ahmad Jais Baharum, Shaari Hashim, Raziman Hassan, Baharum Johar, Engku Halim Ku Musa dan Suhaimi Yusof yang menjadi wira negara dalam acara berpasukan.
Manakala regu utama negara Nordin Sabaruddin, Rehan Mohd Din dan Malek Shamsuddin melengkapkan kegemilangan Malaysia sebagai Raja Asia selepas meraih pingat Emas kedua bagi acara regu.
Malah kejayaan ini adalah kemuncak buat sepak takraw negara kerana itulah kali terakhir Malaysia meraih dua pingat emas di peringkat tertinggi sukan asia dan lebih membanggakan, mereka tundukkan seteru utama, Thailand.
Kejayaan ini sukar ditandingi sehingga kini walaupun Malaysia turut raih pingat emas bagi acara regu di pentas Sukan Asia Palembang 2018. Tetapi ketika itu regu negara yang diwakili oleh Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Muhammad Zulkifli Abd Razak, Mohamad Azlan Alias, Farhan Adam dan Muhamad Norhafizi Abd Razak menang ke atas regu Indonesia.
Ya, sejarah tetap sejarah dan Malaysia tetap raih pingat emas ketika itu.
Namun apa yang membezakan pingat Emas Sukan Asia 1990 dan 2018 ialah lawan di pentas final.
Jika kita imbas kehebatan sepak takraw negara era 90 an, ia tidak boleh di sangkal lagi dan sehingga kini ia masih menjadi bualan hebat di kalangan penggiat sepak takraw termasuklah saya.
Lebih menarik, ia turut diakui oleh salah seorang pemain utama Thailand 1990, Surat Nachiengmai, bahawa Malaysia ketika itu cukup ampuh dan sukar ditandingi.
Menurut Surat lagi, trio ‘tiga Din’ iaitu Nordin Sabaruddin, Rehan Mohd Zin dan Malek Shamsuddin adalah regu terkuat.
Ini kerana keserasian mereka memberikan kekuatan luar biasa buat regu Malaysia sehinggakan mereka menjadi trio paling digeruni lawan termasuklah Thailand.
Namun kini ia menjadi kenangan dan kita perlu akui Thailand adalah kuasa besar sepak takraw era moden.
Tetapi saya tetap berharap, agar pemain-pemain negara mempunyai matlamat untuk tundukkan Thailand suatu hari nanti.
Kredit foto: Infotakraw.com