RENCANA
10 gol terbaik Ronaldo
Cristiano Ronaldo dan keajaiban seperti satu perkara yang tidak boleh dipisahkan.
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu terus mencipta fenomena dengan sepakan gunting ketika Real Madrid meraih kemenangan 3-0 ke atas Juventus dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) semalam.
Walaupun usianya mencecah 33 tahun, Ronaldo menampilkan dia masih lagi tangkas dengan jaringan kedua, menerima tempukan gemuruh dan mengejutkan penyokong Juventus di Stadium Allianz.
Iklan
Dalam proses bergelar pemain terbaik dunia, terdapat 10 jaringan amat menakjubkan yang pernah dilakukan oleh Ronaldo.
Manchester United lwn Portsmouth: 30 Januari 2008
Teknik 'knuckleball' yang dimiliki Ronaldo menjadikan dia sebagai salah seorang pakar sepakan percuma.
Pemain kebangsaan Portugal itu menggunakan kemahiran itu ketika menewaskan David James, sekali gus membantu skuad kendalian Alex Ferguson itu mengungguli Liga Perdana Inggeris (EPL).
Porto lwn Manchester United: 15 April 2009
Tiada hak untuk Ronaldo menghasilkan jaringan ini.
Kembali ke Portugal untuk aksi UCL berdepan Porto, Ronaldo menggelecek bola dari tengah padang sebelum melepaskan rembatan kencang melepasi Helton untuk meraih kemenangan 1-0 di Estadio do Dragao.
Porto unbeaten at home in Europe? Stand up Cristiano Ronaldo. pic.twitter.com/qpe05bLBK4— Tom (@tamaveeyah) April 4, 2018
Almeria lwn Real Madrid: April 15, 2010
Berhijrah ke Sepanyol bersama Real membantu meningkatkan mutu Ronaldo di depan gol -- dia menggelecek melepasi tiga pertahanan sebelum melepaskan rembatan kaki kiri menewaskan penjaga gol tuan rumah dan membantu pasukan meraih kemenangan 2-1.
Sevilla lwn Real Madrid: 17 Disember 2011
Sevilla semakin muak melihat kelibat Ronaldo yang telah menjaringkan 25 gol ke atas mereka pada ketika itu. Beraksi di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Benzema melakukan hantaran kepada Ronaldo dan dia menggunakan ruang terbuka untuk melepaskan rembatan dari luar kotak penalti ketika membantu pasukan meraih kemenangan 6-2.
Rayo Vallecano lwn Real Madrid: 26 Februari 2012
Kali pertama dalam tempoh 3,396 hari, Rayo Vallecano menerima kunjungan Real dalam saingan LaLiga, dan Ronaldo telah menjaringkan gol tunggal dengan menguis bola ke belakang [backheel] dan memberikan mata berharga buat Real.
Atletico Madrid lwn Real Madrid: 11 April 2012
Dalam perlawanan ini, Ronaldo mempamerkan dua saat magis -- gol yang ke-50 buat musim tersebut menerusi sepakan percuma sebelum melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol, Thibaut Courtois.
Real Madrid lwn Valencia: 4 Mei 2014
Ketika perlawanan melewati wisel penamat dan Valencia mendahului 2-1, Angel Di Maria melakukan hantaran silang dan 'backheel' Ronaldo telah menyelamatkan Real daripada kekalahan.
Cristiano Ronaldo's incredible backheel goal against Valencia. pic.twitter.com/3MQkPCJxX7— Soccer 1:1 (@soccertrainsf) June 4, 2017
Real Madrid lwn Espanyol: 31 Januari 2016
Real mendahului 3-0 dan Ronaldo memintas tiga pertahanan sebelum melepaskan rembatan menggunakan kaki kirinya.
Hungary lwn Portugal: 22 Jun 2016
Portugal ketinggalan tiga kali kepada Hungary di Lyon ketika saingan Euro 2016, dan Ronaldo membantu mereka menyamakan kedudukan dengan flik yang berjaya menewaskan penjaga gol. Ia amat bermakna kerana ia membawa Portugal ke pusingan kalah mati dan berjaya merangkul kejuaraan antarabangsa yang sulung.
Juventus lwn Real Madrid: April 3, 2018
Selepas membuka jaringan seawal minit ketiga perlawanan, Ronaldo bijak membaca hantaran Dani Carvajal dan melakukan sepakan gunting yang menyaksikan penjaga gol, Gianluigi Buffon, terpaku di Stadium Allianz.
Sumber: Youtube
Must-Watch Video