Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, menyifatkan Zlatan Ibrahimovic masih menjadi ketua di kem United walaupun telah dilepaskan oleh kelab itu.
Penyerang Sweden itu menandatangani kontrak selama setahun pada musim lepas dan ia tidak diperbaharui selepas Ibrahimovic mengalami kecederaan lutut yang memaksanya untuk berehat panjang.
Bagaimanapun, dia masih menjalani rawatan pemulihan di pusat latihan United di Carrington dan Pogba tidak menolak bahawa penyerang berusia 35 tahun itu masih memainkan peranan besar buat The Red Devils.
“Jelas sekali Ibrahimovic adalah seorang ketua dan dia masih bersama pasukan.
“Walaupun tidak beraksi, dia masih mengetuai pasukan di luar padang,” katanya.
United memenangi Perisai Komuniti, Piala Liga dan Liga Europa pada musim pertama Pogba di Old Trafford selepas melengkapkan perpindahan rekod pembelian dari Juventus, musim lepas.
Dia juga tidak menyembunyikan keinginan untuk mengikuti jejak langkah Ibrahimovic dan ketua pasukan baru, Michael Carrick, yang menjadi inspirasi utama di kelab.
“Saya telah bermain selama satu musim di sini.
“Saya berjaya memenangi piala di sini dan sudah tentu anda mahu menjadi matang sebagai seorang pemain dan ketua dan itu boleh dipelajari daripada Ibrahimovic dan Carrick serta pemain-pemain lain,” tambah Pogba.