Zinedine Zidane mendakwa mempunyai 'DNA' Real Madrid dan berkata kelab itu adalah kehidupannya apabila dia menyiapkan Los Blancos untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus.
Real berusaha untuk menjadi pasukan pertama mempertahankan kejuaraan sejak kejohanan itu dijenamakan semula kepada Liga Juara-Juara apabila bertandang ke Cardiff untuk aksi pada awal pagi Ahad ini.
Zidane masih belum menandatangani penyambungan kontrak walaupun membimbing Real meraih kejuaraan liga yang pertama sejak musim 2011/12 tetapi jurulatih berbangsa Perancis itu tidak terlalu memandang berat mengenai masa depannya di sana.
"Saya mempunyai satu tahun lagi kontrak tetapi itu tidak bermakna apa-apa," kata Zidane kepada pemberita hari ini. "Saya mahu berada di kelab ini tetapi ia bergantung kepada apa yang dilakukan di atas padang.
"Saya fikir kelab berpuas hati dengan apa yang kami lakukan dan saya hanya berminat dengan perkara itu. Masa depan ini: Ahad ini dan tiada lagi.
"Saya mempunyai DNA Real Madrid, itu yang pasti. Ia adalah rumah saya. Setiap orang sentiasa sayang saya dan saya sentiasa mempertahankan nilai-nilai kelab ini.
"Saya mempunyai pengalaman yang menakjubkan dengan kelab ini sebagai pemain, penolong jurulatih dan ketua jurulatih. Saya akan sentiasa menjadi peminat Real kerana kelab ini adalah hidup saya.
"Saya menikmati masa ini kerana saya tahu bahawa satu hari nanti ia akan berakhir. Saya berada di atas dalam kerjaya saya dan kami hampir untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, tetapi saya tidak fikir tentang meninggalkan saat penting dalam sejarah kelab. Kami bekerja keras dan itulah semangat pasukan ini. "
Dengan Zidane memenangi Liga Juara-Juara dalam percubaan pertamanya sebagai jurulatih, ketika bermain dengan Juventus dia tewas kepada Real dalam perlawanan akhir 1998 di Amsterdam dan dia tidak mahu mengulangi pengalaman itu.
"Apabila anda tewas final, ia adalah satu perasaan teruk tetapi ia adalah sebahagian daripada bola sepak," kata Zidane. "Saya terima apa yang bola sepak berikan kepada saya.
"Apabila saya tiba di kelab ini, saya memenangi Liga Juara-Juara dan saya mendapatnya bersama baju putih ini. Selepas kami menang liga, ia adalah sesuatu yang menakjubkan. Saya masih rasainya dan saya amat gembira.
"Perkara paling penting adalah untuk sentiasa memberi 100 peratus. Itulah yang dilakukan pada setiap musim, memberi segala-galanya, dengan banyak profesionalisme dan kami boleh gembira untuk apa yang kami lakukan hingga kini.
"Kami mempunyai satu lagi perlawanan akhir dan kami akan cuba melakukan segala yang mampu untuk memenangi perlawanan."