Presiden Real Madrid, Florentino Perez, berasakan Zinedine Zidane telah menjadi jurulatih terbaik dunia sejak mengambil alih jawatan itu di Santiago Bernabeu.
Zidane menggantikan Rafael Benitez pada Januari 2016 lalu membawa kelab itu meraih kejuaraan berganda Liga Juara-Juara di samping merangkul kejuaraan LaLiga buat kali pertama sejak 2011-12.
Perez, yang kagum dengan keupayaan Zidane dalam tempoh 18 bulan ini, optimis dengan masa depan Real Madrid.
"Real Madrid sekali lagi telah melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan sesiapa pun sehingga kini," ujar Perez dalam sebuah majlis yang berlangsung di ruang presiden Bernabeu selepas dia meneruskan tugas selaku presiden kelab.
"Kami telah membina sebuah pasukan berstatus legenda, memaparkan pemain terbaik dunia, dengan akademi kami turut memainkan peranan besar.
"Kami adalah sebuah pasukan yang dikendalikan Zidane, satu simbol buat Madridismo, yang dalam jangka masa pendek telah mengesahkan dirinya selaku jurulatih terbaik dunia.
"Kami sedang menuju ke arah yang baru selepas merasai musim terbaik dalam sejarah pasukan ini. Saya akan mengekalkan komitmen terbaik bagi menjaga nilai kelab ini dan memastikan kami meraih segala kejuaraan yang ada.
"Kami akan bekerja keras bagi memastikan kelab ini dinamakan sebagai kelab terbaik abad ini."