Skip to main content

Bola Sepak

Zidane harap kejadian rusuhan penyokong tidak berulang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zidane_7.jpg
Zinedine Zidane menyertai ahli politik Sepanyol untuk menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga seorang pegawai polis yang terbunuh  gara-gara pertempuran di antara penyokong Athletic Bilbao dan Spartak Moscow.

Inocencio Alonso Garcia, 51, mengalami serangan jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Basurto selepas kumpulan berkenaan bertindak membaling suar di tengah-tengah adegan ganas itu. 

Lebih 500 pegawai Ertzaintza -- pasukan polis Basque -- dilaporkan telah dikerah untuk perlawanan Liga Europa di San Mames itu.

Jurulatih Real Madrid, Zidane, melahirkan ucapan takziahnya dalam sidang media semalam dengan berkata: "Kami sedih dengan kematian anggota polis di Bilbao.

"Kami memahami betapa sedih keluarganya pada saat sukar ini.

"Saya benci keganasan, tidak kira di mana sahaja. Sukar untuk difahami bagaimana perkara ini boleh berlaku, saya harap ia adalah yang terakhir kita melihat peristiwa seperti ini di stadium bola sepak."

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy, disertai Athletic menawarkan simpati mereka di media sosial sementara Menteri Sukan, Inigo Mendez de Vigo, mengutuk tingkah laku itu sebagai "tidak bertamadun".
 

Advertisement

Must Watch Video