Zinedine Zidane percaya kecederaan disyaki hamstring yang dialami Marcelo tidak serius, dengan bek kiri itu berpotensi terlepas aksi menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara.
Marcelo menjaringkan gol terakhir Madrid dalam kemenangan 3-1 di Santiago Bernabeu tetapi dibawa keluar dalam kemenangan mendebarkan 5-3 mereka ke atas Real Betis di Benito Villamarin, awal pagi tadi.
Madrid sudah kehilangan pemain tengah, Toni Kroos, dengan pemain antarabangsa Jerman itu terlepas kunjungan ke Betis akibat kecederaan buku lali.
Kedua-dua pemain berkenaan mempunyai masa kurang daripada tiga minggu untuk pulih sebelum menghadapi PSG di Paris pada 7 Mac ini.
Tetapi Zidane yakin dengan peluang pemain kelahiran Brazil untuk pulih sepenuhnya.
"Saya harap masalah Marcelo kecil," kata Zidane selepas pasukannya bangkit daripada ketinggalan 1-2 untuk menang 5-3.
"Dia (Marcelo) memberitahu dia berasa ia tidak terlalu serius, tetapi kami akan lihatnya dalam beberapa hari ini."