Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Zhirkov akhiri karier antarabangsa

zhirkov.jpg
Pemain tengah Russia, Yuri Zhirkov, bersara daripada bola sepak antarabangsa sambil menjelaskan dia "tidak mempunyai cukup tenaga untuk bermain di peringkat itu lagi".

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan salah seorang tonggak tuan rumah yang menampilkan prestasi memukau dalam Piala Dunia di sebalik prestasi suram semasa pra-kejohanan untuk mencapai peringkat suku akhir sebelum tunduk kepada Croatia dalam penentuan penalti -- Zhirkov terlepas pertemuan itu kerana bergelut dengan kecederaan betis. 

Justeru, dia berkata kini adalah masa yang tepat untuk mengambil selangkah demi selangkah selepas tampil 87 kali untuk negaranya.

Dia berkata: "Saya tidak mempunyai cukup tenaga untuk bermain di peringkat ini.

"Kecederaan terbaru adalah isyarat terakhir. Saya tidak mempunyai masa untuk bersama keluarga dan anak-anak dan ini satu lagi musim panas dilalui tanpa bercuti.

"Saya ingin berterima kasih kepada pemain yang pernah beraksi di samping saya, peminat dan sudah tentu keluarga saya, yang memujuk saya supaya kekal beraksi untuk tempoh yang lama bagi mendapat tempat dalam Piala Dunia.

"Saya berbangga bahawa saya cukup bernasib baik untuk mewakili negara dalam dua edisi Piala Dunia dan dua Kejohanan Eropah."

Advertisement

Must Watch Video