Skip to main content

Bola Sepak

Zaquan: Perjalanan Harimau Malaya masih panjang

zaquan-adha_2.jpg
Wira empat gol berdepan Bhutan merangkap ketua pasukan Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak, tidak mendabik dada dengan kemenangan 7-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi, sebaliknya sedar perjuangan belum berakhir buat skuad bola sepak kebangsaan. 

Meskipun lega badi tanpa kemenangan skuad kebangsaan sejak November ````2016 terlerai ketika berdepan Bhutan, Zaquan sedar ia hanya permulaan dalam usaha memulihkan kembali reputasi Harimau Malaya di pentas antarabangsa. 

Penggempur Kuala Lumpur itu juga menyifatkan kemenangan ke atas Bhutan akan terus menyemarakkan semangatnya dan rakan sepasukan dalam membawa cabaran negara selepas ini. 

"Kami tidak boleh mendongak terlalu tinggi, perjalanan masih panjang. 

"Saya harap semangat yang ada dalam kem latihan pusat kali ini dapat diteruskan.

"Saya ingatkan kepada diri sendiri juga, jangan mendongak terlalu tinggi dan ini merupakan rezeki serta doa daripada keluarga," katanya. 

Dalam masa sama, pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe, turut senada dengan Zaquan. 

Bagi Cheng Hoe, perjalanan masih jauh dalam membentuk skuad ampuh bagi mengharungi saingan Kejohanan Piala AFF, hujung tahun ini. 

"Kita nampak masih banyak kelemahan daripada segi serangan dan bertahan. 

"Kami juga perlu meningkatkan tempo permainan selain tidak mudah hilang kawalan bola di samping persediaan kekuatan mental. 

"Bukan senang untuk bermain dalam dua perlawanan di tempat sendiri dan perlawanan di tempat lawan. 

"Pemain perlu bersedia bermain di mana-mana gelanggang," kata Cheng Hoe. 
 

Advertisement

Must Watch Video