Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sanggup mengetepikan masalah kecederaan tangan kirinya kerana tidak rela terlepas peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya walaupun hanya untuk satu aksi persahabatan.
Penyerang Kuala Lumpur itu sebelum ini dikhabarkan akan terlepas peluang bersama skuad negara kerana mengalami keretakan di bahagian tulang ulna pada tangan kiri ketika menentang Melaka, 9 Jun lalu.
Bagaimanapun, sesi sulung skuad kebangsaan di Wisma FAM pada hari ini memperlihatkan Zaquan tetap hadir walaupun tangannya dalam keadaan berbalut.
Dia telah menerima kebenaran daripada doktor tetapi perlu menanggung risiko jika berlaku sebarang kecederaan semasa latihan.
"Saya amat berbangga kalau dapat menyertai skuad negara. Kalau betul-betul tidak boleh, saya akan cakap dengan jurulatih.
"Saya sudah mengalami kecederaan yang lebih teruk daripada ini. Saya rasa ini sikit bagi saya. Saya perlu sesuaikan diri," ujarnya.
Empat muka baru, iaitu Syahrul Azwari Ibrahim, Shafiq Sharuddin, Kenny Pallraj dan Syawal Nordin turut hadir dalam sesi latihan pertama bagi menghadapi Fiji, Khamis ini.
Bagi pengendali kebangsaan, Tan Cheng Hoe, dia mungkin akan mencuba kombinasi berbeza dalam aksi itu kerana perlu menyesuaikan pemain-pemain baru itu di dalam pasukan.
"Mungkin ada ramai lagi pemain yang boleh diserap ke dalam pasukan kebangsaan. Tetapi untuk jangka masa panjang, saya harap pada Oktober ini kami boleh mendapatkan pemain penting untuk Piala Suzuki AFF nanti," katanya.