Bekas pemain Harimau Malaya, Zaquan Adha, berasakan aktiviti yang dijalankan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) merupakan langkah positif untuk mengetengahkan bakat anak muda seperti anaknya Aisy Qaizer dalam sukan bola sepak.

Kejohanan yang berlangsung di Jepun itu disertai sebanyak 27 pasukan yang mengambil bahagian dengan 17 dari Indonesia, Brazil, China dan Malaysia.

Aisy Qaizer berjaya menjaringkan satu gol dalam membantu skuad muda Malaysia sekaligus membawa Malaysia merangkul gelaran naib juara di Kejohanan Copa Bellmare 2024 B-11.

"Peluang untuk dia bermain semakin meluas, program NFDP ini satu pendedahan yang baik untuk mengetengahkan bakat muda seperti Aisy Qaizer.

"Apabila dia sudah boleh berjalan, saya mengetahui dia boleh bermain bola. Bermula umur tiga tahun juga saya telah beri pendedahan dengan ikut saya berlatih bermain bola sepak.

"Saya tidak paksa dia bermain bola, walaupun saya bermain bola. Kita sebagai ibu bapa sokong apa yang dia minat cuma saya akan beri dorongan.

"Saya nasihati dia agar apabila dapat peluang maka buat yang terbaik. Dalam perlawanan pertama dia, dia masih lagi terkejut kerana berada dalam pasukan malaysia tetapi saya perlu mengajar dia dan banyak perkara yang perlu dia lalui untuk menjadi pemain bole sepak yang profesional." kata Zaquan Adha.