Paulo Dybala akan meninggalkan Juventus pada Januari depan dan sudah dilamar kelab dari Sepanyol dan England, dakwa pemilik Palermo, Maurizio Zamparini.
Penggempur itu diturunkan dalam aksi pembukaan Serie A menentang Chievo bulan lalu, namun tidak beraksi dalam kemenangan 2-0 ke atas Lazio dan hanya sempat beraksi selama 10 minit sebagai pemain gantian dalam kemenangan 2-1 ke atas Parma sebelum rehat antarabangsa.
Pemain berusia 24 tahun itu turut berdepan kehidupan yang sukar di peringkat antarabangsa sejak beberapa bulan kebelakangan ini selain diketepikan daripada barisan utama Argentina dalam skuad Piala Dunia.
Zamparini, yang melepaskan Dybala ke Juve daripada Palermo pada 2015, mengkritik pengurus, Massimiliano Allegri, atas layanan terhadap pemain tersebut serta menyokong perpindahannya ke LaLiga dalam jendela perpindahan seterusnya.
"Setiap kali dia dipinggirkan, ia membuatkan saya mahu menangis," kata Zamparini kepada RMC Sport. "Dia berada di bangku simpanan kerana Allegri. Allegri harus datang ke Palermo dan memenangi Scudetto.
"Dua tahun lalu, saya menghantar mesej kepada Dybala dan menasihatinya supaya pergi ke Sepanyol, bukannya Itali.
"Dia akan angkat kaki kerana Juventus mahu mendapatkan €120j (RM578.2j). Pada Januari nanti, saya berasakan dia akan ke Sepanyol. Dia mendapat tawaran dari Sepanyol dan England.
"Juventus mempunyai ramai juara dan ia jelas menjadi alasan yang kuat untuk menangis melihat pemain sehebatnya tidak diturunkan," tambahnya.
Barcelona dikaitkan dengan Dybala pada masa lalu sementara Real Madrid dikhabarkan berminat setelah mereka menjual Cristiano Ronaldo kepada Juventus dengan kesepakatan bernilai €112j (RM539.6j).
Manchester United juga dikatakan sedang menimbangkan tawaran, mungkin sebagai sebahagian daripada perjanjian yang akan menyaksikan Paul Pogba kembali ke Turin selepas pemain tengah itu dilaporkan ingin pulang ke pangkuan juara Serie A itu.