Skip to main content

Bola Sepak

Zamir tidak rela terus dirundung kesilapan lalu

zamir11218_1.jpg
Penjaga gol Melaka United, Zamir Selamat, enggan pisang berbuah dua kali apabila menganggap aksi bertemu Negeri Sembilan sebagai peluang terbaik menebus kesilapan ketika bertemu Selangor di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Rabu lalu. 

Kekalahan 4-1 kepada pasukan skuad Merah Kuning itu  cukup memeritkan buat Zamir. 

Mengakui kesilapan banyak berpunca daripadanya sendiri, Zamir tidak mahu patah semangat, malah menegaskan Negeri Sembilan jangan bermimpi untuk menambah duka Melaka di Stadium Hang Jebat, malam ini. 

"Perlawanan lalu mungkin mengecewakan saya. 

"Saya akan cuba muhasabah diri di mana kesilapan saya, di mana kelebihan yang ada. 

"Dari segi fokus mungkin boleh diperbaiki demi membantu pasukan saya dalam perlawanan malam ini," katanya. 

Kekecewaan lalu masih berbekas, namun kemunculan di laman sendiri menjadi pencetus semangat untuk Zamir bangkit bersama pasukannya. 

Negeri Sembilan melewati perangkaan tersendiri, Zamir bagaimanapun bersedia dengan ancaman bahagian serangan skuad bimbingan Jorg Steinbrunner itu, terutama gandingan pemain import, Nicolas Velez dan Prak Mony Udom. 

"Mereka mempunyai kelebihan di bahagian serangan. Mereka tidak bolos dalam perlawanan lalu. Mereka juga mempunyai pertahanan yang baik. Kami membuat latihan berdasarkan perlawanan lalu," katanya lagi. 




 

Advertisement

Must Watch Video