Skip to main content

Bola Sepak

Zambrotta sedih melihat AC Milan dijual

zambrotta-cropped_k3yglzvs3cr6107rifjujj379.jpg
Bekas bek kanan AC Milan, Gianluca Zambrotta, mengakui berasa sedih dengan tindakan Silvio Berlusconi menjual kelab Serie A itu, namun percaya tindakan itu berasas.

Bekas perdana menteri Itali itu menamatkan pemilikan selama 31 tahun AC Milan apabila mengumumkan penjualan kepada konsortium China, Rossoneri Sport Investment Lux dengan nilai €740 juta.

Dalam tempoh 31 tahun itu, Milan menjuarai lima kejuaraan Eropah, termasuk lapan kejuaraan liga, meskipun menamatkan saingan di tempat ketujuh, ke-10 dan kelapan dalam tempoh tiga musim baru-baru ini.

Skuad kendalian Vincenzo Montella itu bakal berdepan pasukan jiran, Inter, hari ini dalam misi mengukuhkan peluang ke Liga Europa musim depan.

Juventus dilihat dalam perjalanan meraih kejuaraan keenam berturut-turut dalam Serie A, dan Zambrotta, yang pernah berkhidmat bersama gergasi Turin itu berasakan penjualan AC Milan sudah pun dijangka.

Inter ketika ini telah pun berada di bawah pemilikan Suning Group dan Zambrotta memberbitahu Omnisport:"Sedih melihat dua ikon Serie A, Massimo Moratti dan Silvio Berlusconi, tidak lagi menjadi pemilik dua pasukan ini.

"Saya berasa sedih tetapi inilah bola sepak moden, dan apa yang berlaku adalah 'trend' terkini.

"Legasi Berlusconi berjalan untuk tempoh 30 tahun dan meninggalkan impak besar bukan sahaja terhadap peminat AC Milan, bahkan seluruh dunia."

 

Advertisement

Must Watch Video