Pengendali UiTM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail, menyifatkan kemampuan pemain memberi tekanan awal kepada lawan membolehkan pasukannya merakam kemenangan manakala jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan, akur dengan kekalahan 3-1 dalam aksi sulung Liga Perdana, malam tadi.
UiTM yang turun dengan formasi 3-5-2 tampak lebih banyak menguasai perlawanan berdepan Pulau Pinang di Stadium UiTM.
Wan Mustaffa mengakui arahan utama kepada pemainnya ialah memberi tekanan awal dan jangan membiarkan lawan menguasai bahagian tengah.
"Kami bermain mengikut cara kami. Apabila menghadapi musuh yang lebih berpengalaman, kami paksa mereka mengikut cara kami.
"Dengan memberi tekanan tinggi dan gerakan pantas, kami dapat menewaskan pengalaman yang dimiliki pemain ternama," katanya.
Bagaimanapun, Wan Mustaffa mengesan masih terdapat beberapa kelemahan pasukannya pada babak kedua yang perlu mereka atasi sebelum berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) II selepas ini.
Dalam perkembangan sama, Zainal mengakui keghairahan pemain memburu jaringan kedua membuatkan mereka alpa dan memberi ruang buat lawan.
"Pada separuh masa kedua, Pulau Pinang menguasai permainan dan mencari gol penyamaan. Alhamdulillah kami mendapatkannya.
"Cuma tumpuan pemain pada penghujung permainan untuk mencari gol kedua membuat mereka terleka untuk mengekalkan corak permainan.
"Mereka menderita ekoran kekurangan disiplin pada saat-saat akhir," kata Zainal.