Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, mengakui gol kedua yang membawa pasukannya ke suku akhir menyentuh perasaannya setelah mereka hampir mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia 2018.
Itulah detik manis buat skuad Kelantan apabila jaringan Nik Akif Syahiran Nik Mat mengubah nasib The Red Warriors (TRW) malam tadi untuk layak ke suku akhir.
Sebelum gol itu, mereka dilihat tidak berpeluang untuk mara kerana keputusan semasa perlawanan di antara MISC-MIFA dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di venue berasingan tidak memihak mereka.
Namun, keajaiban berlaku di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dengan kemenangan 2-0 ke atas Kedah memastikan kemaraan Kelantan ke peringkat kalah mati menerusi perkiraan jaringan bolos.
"Jaringan pada saat-saat akhir itu amat menyentuh perasaan saya kerana ini adalah peringkat tertinggi saya pernah membawa sesebuah pasukan.
"Apabila kami menjaringkan satu gol, kami juga mendapat perkhabaran JDT juga mendahului 1-0 ke atas MIFA.
"Dalam masa sama, saya berasa agak terkilan kerana sedar MIFA sukar mendapatkan gol.
"Selepas itu, JDT mendahului dengan tiga jaringan lalu saya mengarahkan pemain saya untuk mencari satu lagi gol kerana ia adalah peluang kami.
"Ini kerana kalau kami menang 1-0 sekalipun, kami masih gagal untuk mara.
"Alhamdulillah, peluang itu hadir pada saat-saat akhir perlawanan," kata Yusri.
Ini merupakan pencapaian terburuk Kedah dalam tempoh empat tahun yang menyaksikan mereka tiga kali berturut-turut beraksi di pentas final sejak 2015.
Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri kerana keputusan seri sebenarnya sudah memadai buat Lang Merah untuk layak ke suku akhir.
"Mereka sudah berikan yang terbaik termasuk dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini untuk bangkit daripada masalah awal.
"Nasib tidak menyebelahi kami, saya menerima ini sebagai sebahagian daripada bola sepak," kata pemangku jurulatih Kedah, Azzmi Ab Aziz.
Menurut Nik Akif pula: "Kami amat bersyukur, ini rezeki kami atas sikap tidak berputus asa.
"Alhamdulillah kami layak ke peringkat seterusnya.
"Ketika mendahului 1-0, jurulatih memberitahu JDT sedang mendahului MIFA.
"Jadi kami terus mengasak dan syukur saya dapat menjaringkan gol".