Kelantan mengetahui skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) berada dalam suasana meraikan kejuaraan kali kelima berturut-turut manakala The Red Warriors (TRW) perlu mencari mata dalam usaha keluar daripada zon penyingkiran dalam saingan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam ini.
Tambah menarik, kemenangan pesaing terdekat, Negeri Sembilan, ke atas Selangor 3-1 memberi lebih tekanan kepada skuad Gomo Kelate Gomo memburu kedudukan ke-10 carta liga dan mahu beraksi dalam saingan Piala Malaysia.
Itulah dilema yang dihadapi pemangku ketua jurulatih TRW, Yusri Che Lah, yang mahu menyusun strategi terbaik untuk merosakkan hari gembira Harimau Selatan.
"Jadi, pada hari ini kedudukan kami di tangga ke-12, cuma dibezakan jaringan gol dan kami kekurangan satu perlawanan.
"Walaupun di atas kertas, JDT akan memperoleh tiga mata tetapi pada saya, selagi 90 minit belum berakhir, ruang dan peluang tetap ada bagi Kelantan.
"Tentunya, misi kami ke Larkin sememangnya inginkan mata. Jika kami mendapat satu mata, itu adalah sesuatu yang lebih baik dan jika peroleh tiga mata, itu yang terbaik dicapai," katanya.
Ditanya mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan, Yusri membayangkan tidak banyak perubahan yang bakal dilakukan untuk menyaingi kehebatan skuad Raul Longhi itu.
"Kami tidak ada penggantungan atau kecederaan, cuma kami ada dua pemain baru daripada skuad B-19 kebangsaan yang menjuarai kejuaraan Piala AFF di Indonesia minggu lalu, iaitu Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Mohd Syaiful Alias.
"Jadi, saya menganggap mereka juga akan memberi komitmen penuh untuk perlawanan malam ini demi mendapatkan kedudukan terbaik dan kejayaan pasukan," katanya.
Yusri yang juga bekas jurulatih Felcra FC mahukan bintang mudanya, Nik Akif Syahiran, memainkan peranan lebih penting untuk menguasai bahagian tengah.
"Kehadiran Nik Akif memberi peluang kepada saya untuk merencanakan sesuatu kerana semua sedia maklum dia pemain bagus di tengah dan dengan kudrat yang ada, mampu membantu pasukan mendapatkan hasil terbaik," katanya.
Untuk rekod, TRW berada di dasar liga dengan 15 mata hasil daripada empat kemenangan dan tiga kali seri.