Melabelkan aksi wajib mengutip mata demi meneruskan cita-cita kekal dalam Liga Super, pemangku ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Yusri Che Lah, mahu jentera serangannya lebih tajam di depan gawang lawan dalam saingan Liga Super menentang naib juara Piala FA, Selangor, di Stadium Sultan Muhammad IV, malam esok.
Ingatan berulang kali ini terpaksa dilakukan memandangkan dalam empat aksi terakhir, Kelantan gagal mengutip sebarang mata biarpun menguasai sebahagian besar permainan.
"Sejak empat perlawanan terakhir, kami tewas dengan kecuaian dan kesilapan sendiri.
"Umpamanya, lawan dengan Perak di Ipoh, kami digagalkan dengan tendangan penalti sahaja," katanya.
Yusri, yang juga bekas pengendali Felcra FC, yakin dua penyerangnya, Syafiq Shaharuddin dan Mohd Danial Ashraf Abdullah, yang mendapat pengalaman berguna dipilih menyertai skuad negara menentang Fiji baru-baru ini, mampu mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan TRW.
"Dengan kembalinya Syafiq dan Danial, saya boleh merencanakan sesuatu di jentera serangan dan gunakan peluang yang ada diterjemahkan kepada jaringan," katanya.
Selain barisan serangan, Yusri juga mahukan jentera pertahanan TRW lebih fokus mengekang penyerang berbisa Merah Kuning yang juga penjaring terbanyak liga, Rufino Segovia.
"Dia (Rufino) cukup tajam di depan gawang lawan dan barisan pertahanan kami tidak boleh leka.
"Penyerang seperti ini, jika memiliki satu peluang terbaik, sudah pasti akan disudahkannya," katanya.
Kelantan cukup terdesak untuk mencipta kemenangan dan kini berada di dasar Liga Super dengan 11 mata.
Sebarang kekalahan yang diterima dalam baki lima perlawanan terakhir akan mendekatkan TRW untuk beraksi dalam Liga Perdana musim depan.