Pengurus Barcelona, Xavi, mendedahkan adalah pelik apabila beberapa pemainnya tidak memahami gaya permainan yang cuba diketengahkannya.
Dilantik bagi mengelak kemerosotan pasukan di bawah bimbingan, Ronald Koeman, bekas bintang tengah itu bergelut untuk memulihkan masalah di Camp Nou, baik daripada segi prestasi mahupun keputusan.
Barca hanya menang dua daripada enam perlawanan sejak Xavi kembali ke kelab itu sementara keputusan seri tanpa jaringan dengan Benfica dan kekalahan 0-3 kepada Bayern Munich meranapkan peluang mereka untuk mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Menjelang perlawanan dengan Elche, awal pagi esok. pasukan Catalan itu berada di tempat kelapan LaLiga, 18 mata di belakang pendahulu, Real Madrid, dan lima mata ketinggalan dengan kelompok empat terbaik. 0
Xavi menjelaskan sebahagian daripada masalah itu terletak kepada ketidakupayaan pemainnya untuk memahami 'juego de posicion', satu pendekatan berstruktur untuk bermain dengan dan tanpa bola hingga menyekat kemajuan pendekatan bekas pemain antarabangsa Sepanyol tersebut.
Bagaimanapun, dia enggan berputus asa dengan cita-cita Barca musim ini apabila memberitahu pemberita: "Saya mempunyai kepercayaan tinggi terhadap anak buah saya walaupun keputusan tidak menyebelahi kami. Kami perlu percaya dengan prosesnya.
"Kami adalah Barca dan kami perlu bersaing dengan mana-mana lawan tanpa mengira faktor kecederaan. Kami tidak boleh mencipta sebarang alasan.
"Objektifnya adalah untuk berada dalam kelompok empat terbaik dan memenangi trofi walaupun jurang kepada pendahulu sangat besar. Kami tidak menolak sebarang peluang.
"Kami perlu memahami pendekatan falsafah sendiri. Pelik ada pemain Barca yang tidak faham juego de posicion.
"Ia mengenai kemenangan dan kami berada di tangga kelapan. Kami harus bersikap positif dan berani: beri tekanan di kawasan lawan dan mengasak selepas kehilangan bola, mencari ruang serangan, inilah yang kami mahukan."