UCL
Xana-Luis Enrique. Rindu seorang bapa melebihi segalanya
Pada tanggal 20 Ogos 2019, dunia bola sepak antarabangsa berkabung bersama bekas pengurus pasukan kebangsaan Sepanyol, Luis Enrique, atas pemergian puteri bongsunya, Xana Martinez Cullell, yang berusia 9 tahun akibat bertarung dengan osteosarcoma -- sejenis kanser tulang yang jarang berlaku, namun sangat agresif.
Hanya selepas pemergian Xana, peminat sukan bola sepak mengetahhui tentang pengorbanan dilakukan Enrique yang mendahulukan keluarga, walaupun di kemuncak prestasi.
Xana digambarkan sebagai seorang kanak-kanan ceria, penyayang dan sangat akrab dengan bapanya. Dalam satu momen ikonik, Enrique dirakam bersama Xana meraikan kemenangan Liga Juara Juara Eropah (UCL) bersama Barcelona pada 2015.
Iklan
Kenangan tersebut kemudiannya menjadi simbol kasih sayang dan telah diabadikan dalam bentuk lukisan turut dipakai Enrique ketika meraikan kejayaan terbarunya bersama Paris Saint-Germain dalam UCL 2025 menewaskan Inter Milan.
Dalam pada itu, penyokong pula memberi penghormatan tersebut dengan pembentangan kain rentang 'tifo' besar di kalangan penduduk di stadium.
What a moment to be remembered by the dad!.
Dan ini menunjukkan bagaimana kehilangan sebenarnya boleh dijadikan sebagai inspirasi bagi menghadapi perjuangan yang lebih besar dan dalam dunia yang kompetitif seperti bola sepak, nilai kemanusiaan tetap diutamakan.
Must-Watch Video