Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikenakan denda enam angka dan selain berdepan tindakan lanjutan oleh FA selepas penyokong mereka melaungkan cemuhan berkenaan ketika perlawanan menentang Chelsea pada April lalu.
We have been fined £100,000 by the @FA for the homophobic chanting during our home match against Chelsea.
— Wolves (@Wolves) July 14, 2023
Homophobia, like all forms of discrimination, has no place in football or society.
Read our full response.
Walaupun FA sentiasa mengecam ejekan seperti itu, satu kenyataan daripada badan induk itu pada Januari lalu memaklumkan bahawa kelab boleh didakwa seandainya peminat mereka terlibat dalam tingkah laku diskriminasi termasuk penggunaan istilah 'budak sewa'.
Wolves akur telah pelanggaran peraturan FA E21 itu dengan memberikan alasan bertulis: "Terdapat laungan oleh sebilangan besar penyokong dalam tempoh kira-kira 20 saat setiap satu pada minit ke-61 dan juga pada minit ke-71."
Tiga tangkapan dibuat oleh Polis West Midlands kerana didakwa melaungkan homofobia ketika pertemuan itu.
Wolves kemudian didenda £100,000 (RM592,498) dan berdepan tindakan pemotongan 11 mata memandangkan reaksi dan tindak balas mereka terhadap laungan homofobia itu tidak mencukupi.