Skip to main content

Bola Sepak

Wolfsburg sah ikat Dimata

landry-dimata-cropped_1ehdtczmthli1ake9lxqspp7c.jpg
Wolfsburg melengkapkan pembelian pemain muda Belgium, Landry Dimata, daripada Oostende dengan yuran perpindahan €10 juta (RM47 juta).

Penyerang berusia 19 tahun itu telah mengikat kontrak selama lima tahun bersama kelab Bundesliga tersebut.

"Dimata penyerang yang serba boleh, dia mampu meningkatkan lagi permainannya pada masa akan datang dan kami telah mengikuti perkembangannya selama ini," jelas Pengarah Teknikal, Olaf Rebbe.

"Kami teruja kerana berjaya mendapatkan khidmatnya.

"Landry memiliki kepantasan dan keazaman tinggi. Saya yakin dia akan terus maju bersama kami."

Dimata -- yang sudah pun beraksi bersama skuad bawah 21 tahun Belgium -- mencuri tumpuan bersama Oostende bagi musim 2016-17 apabila menyumbang 11 gol dalam 24 penampilan.

"Saya berterima kasih kepada VfL kerana memberikan peluang ini untuk beraksi dalam Bundesliga," tambahnya.

"Saya mahu membalas kepercayaan ini dengan aksi terbaik.

"Perpindahan dari Belgium ke Jerman adalah satu langkah yang besar. Di Wolfsburg, saya akan bermain bersama-sama pemain yang hebat.

"Saya tidak sabar untuk memulakan cabaran baru ini."

Advertisement

Must Watch Video