Skip to main content

Bola Sepak

Wlliams puas hati dengan satu mata di Selayang

eric-williams.jpg

Jurulatih Melaka, Eric Williams, tetap berpuas hati dengan satu mata yang diperoleh ketika menentang Selangor meskipun berpandangan pasukannya mampu meraih kemenangan.

Pertemuan menentang Selangor yang berkesudahan 1-1 di Selayang semalam merupakan aksi sulung Melaka dalam Liga Super musim ini.

Ia susulan pertemuan pembuka tirai dengan Kelantan, Sabtu lalu, terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Nyata ia menjadi jadi sedikit pemisah di antara kedua-dua pasukan, dengan Melaka kelihatan masih belum menemui keserasian di atas padang.

"Kami masih kurang tiga minggu untuk beraksi di tahap sebenarnya. Ini kerana jadual perlawanan telah diawalkan kepada Januari dari Februari, jadi senario itu agak mengejutkan pemain.

"Sememangnya sukar untuk berada di tahap fizikal yang terbaik tetapi perlawanan ini merupakan langkah besar buat kami, jadi saya amat berpuas hati dengan keputusan ini," jelas Williams.

Dalam pada itu, pengendali Selangor, P. Maniam, yakin import baharu, Victor Stelian Astafei, dapat menjalin gandingan berkesan bersama Francis Forkey Doe di bahagian serangan.

Astafei jadi penyelamat skuad gergasi merah dengan menjaringkan gol penyamaan selepas ketinggalan pada minit ke-69 menerusi jaringan Muhd Khairu Azrin Khazali.

Tahap kecergasan Forkey Doe, bagaimanapun, masih jadi kegusaran buat Maniam di samping masih menanti kemampuan sebenar seorang lagi pemain import, Juliano Mineiro.

"Apabila Astafei dibawa masuk, perlawanan jelas berubah tetapi saya masih perlukan Forkey Doe untuk memperbaiki tahap kecergasannya," kata Maniam.

 

Advertisement

Must Watch Video