Skip to main content

Bola Sepak

Witsel dedah didekati Bayern

axel-witsel-060717.jpg
Axel Witsel mendakwa jurulatih Tianjin Quanjian, Fabio Cannavaro, menolak permintaan Carlo Ancelotti untuk berbincang mengenai potensi perpindahan pemain antarabangsa Belgium itu ke Bayern Munich.

Witsel dikritik pada Januari lalu apabila menolak lamaran Juventus untuk menyertai kelab kaya Liga Super China itu. 

Bagaimanapun, Witsel menegaskan biarpun ia dilihat langkah ke belakang, itu tidak bermakna dia tidak diberi perhatian oleh kelab besar Eropah. 

"Semua orang fikir apabila saya hadir di sini, saya akan dilupakan," katanya kepada Le Vif.

"Saya berikan anda contoh secara eksklusif... Dua minggu lalu, Carlo Ancelotti mendapatkan Fabio Cannavaro untuk meminta kebenaran menghubungi saya. 

"Dia mahukan saya di Bayern. Ia menjadi bukti bahawa saya tidak dilupakan dalam kancah tinggi bola sepak Eropah biarpun saya beraksi di China. 

"Namun, Cannavaro memberitahu Ancelotti bahawa dia memerlukan saya. Saya perlu akur kerana dialah yang membawa saya ke sini."


 

Advertisement

Must Watch Video