Skip to main content

Bola Sepak

Wilshere kritik pengadil selepas tewas Piala EFL

jack-wilshere_ho9l7iptv3ou18hn0r458jata.jpg
Jack Wilshere percaya keputusan buruk pengadil memainkan peranan apabila Arsenal mengalami kekalahan mengecewakan 3-0 kepada Manchester City dalam final Piala EFL di Wembley, semalam.

Arsenal ditundukkan oleh peneraju Liga Perdana Inggeris itu ketika jaringan daripada Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva memberikan Pep Guardiola trofi pertamanya dalam bola sepak Inggeris.

Tetapi The Gunners berasakan Aguero menolak Shkodran Mustafi dalam gerakan kepada gol pembukaan manakala Kompany mungkin berada di kedudukan ofsaid ketika dia menyudahkan usaha Ilkay Gundogan untuk menggandakan jaringan City.

Wilshere juga dikasari Fernandinho yang sebelum itu sudah dilayangkan kad kunin, tetapi pemain kelahiran Brazil itu terlepas daripada mendapat kad merah.

"Sukar untuk mengeluarkan kata-kata emosi saya mengenai semalam," tulis Wilshere dalam Twitter.

"City adalah pasukan yang baik dan layak untuk menang semalam.

"Ramai yang mengata kami dan kami harus menerima kritikan apabila kalah.

"Dalam pada itu, saya tidak dapat menerima beberapa keputusan ke atas kami semalam."

Advertisement

Must Watch Video