Pengendali Melaka United, Eric Williams, mengakui sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama untuk dicanang dalam aksi pertama Liga Super hasil daripada tiga perlawanan persahabatan di Kemboja.
Melaka mengakhiri aksi pra-musim di Kemboja dengan mengikat juara Liga Kemboja, Boeung Ket Angkor FC, 2-2 semalam.
Buat pertama kali, Williams menurunkan kesebelasan terbaiknya selepas menguji barisan berbeza dalam dua perlawanan terdahulu.
Ditunjangi Ilija Spasojevic dan Sergio Aguero, Amri Yahyah, Muhammad Khairu Azrin Khazali dan Ahmad Ezrie Shafizie pula membentuk trio tengah tatkala Godwin Antwi dan Khuzaimi Piee mengemudi benteng akhir.
"Seorang-dua pemain masih lagi memburu tempat dalam kesebelasan utama, salah seorang pemain import baru juga sudah bermain hari ini.
"Beberapa pemain tempatan yang beraksi penuh dalam perlawanan semalam, hanya beraksi sekejap sahaja hari ini.
"Kami akan kembali ke Melaka dan menyambung sesi latihan esok untuk persediaan menghadapi perlawanan pra-musim terakhir kami, iaitu menentang Felda United," ujarnya.
Dalam perlawanan itu, Khoun Laboravy meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-28, namun Melaka pantas bangkit menyamakan kedudukan menerusi Spasojevic, dua minit kemudian.
Sekali lagi ketinggalan pada minit ke-48 hasil jaringan Sato, Aguero muncul penyelamat Melaka apabila menyumbat gol penyamaan, enam minit sebelum wisel penamat.