Tindakan memperbaiki kelemahan di bahagian pertahanan menjadi kunci utama kejayaan Melaka United menyingkirkan PKNS 1-0 dalam pusingan kedua Piala FA di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Jurulatihnya, Eric Williams, berpuas hati kerana barisan pertahanan yang sebelum ini ditembusi enam kali akhirnya tidak lagi bocor ketika menentang PKNS.
Dia berasa cukup lega masalah yang sering kali berlaku, iaitu melepaskan gol kepada pihak lawan lewat dalam permainan, tidak lagi berulang.
"Fokus kami adalah di bahagian pertahanan dan tidak memberi gol mudah kepada lawan," katanya " Apabila pertahanan kukuh, permainan kami sepasukan juga akan lebih baik.
"Kami perlu belajar dengan cepat. Inilah kelangsungan hidup kami. Kami belajar dengan cara yang sukar minggu ini tetapi kami boleh membina daripadanya."
Ia adalah kemenangan pertama Melaka pada musim ini selepas mengalami dua kekalahan dan seri satu dalam saingan Liga Super.
Sementara itu, jurulatih PKNS, E. Elavarasan, tidak berdepan masalah untuk menerima hakikat tersingkir lebih awal pada edisi kali ini.
Mengakui lambat panas, kegagalan memanfaatkan banyak peluang terhidang turut menjadi faktor naib juara musim lalu itu tewas kepada Melaka -- yang lebih berhak layak ke pusingan ketiga.
"Separuh masa pertama masih 0-0 tetapi pada separuh masa kedua kami melakukan kesilapan kecil. Kami terpaksa terima kerana ini adalah perlawanan kalah mati," katanya.