Skip to main content

Bola Sepak

Wijnaldum yakin Liverpool mampu cabar gelaran

georginiowijnaldum-cropped_yoso8oy8qm4r1ah864pkasrxx-(1).jpg
Pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum, percaya pasukannya boleh mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris jika mereka belajar daripada penyandang juara, Chelsea.

Skuad Jurgen Klopp menduduki tangga keempat pada musim lalu, 17 mata jauh di belakang pasukan Antonio Conte.

Liverpool setakat ini selesai dalam urusan musim rehat, dengan Mohamed Salah dan Dominic Solanke menjadi dua pemain baru mereka.

Wijnaldum berasakan pasukannya mempunyai kualiti yang cukup untuk merebut gelaran liga pertama sejak 1990.

"Saya tidak akan mengatakan bahawa kami boleh memenangi gelaran dengan segera tetapi saya fikir kami ada skuad yang boleh bersaing untuk gelaran itu," kata pemain Belanda itu.

"Saya yakin kami tidak akan melakukan kesilapan sama seperti musim lalu. Saya mempunyai kepercayaan dan keyakinan.

"Pada musim lalu, kami bermula dengan bai, tetapi pada Januari dan Februari, kami banyak meraih keputusan tidak bagus dan itulah sebabnya kami tidak bermain dalam persaingan merebut gelaran.

"Saya fikir kami mempunyai asas yang baik dan kami perlu memastikan ia berjalan lancar."

Liverpool kehilangan mata menentang pasukan seperti Sunderland, Hull City, Burnley, Swansea City, Crystal Palace dan Leicester City pada musim lalu.

Wijnaldum percaya Liverpool boleh belajar banyak perkara daripada Chelsea dan kemampuan juara itu mengumpul mata dalam situasi sukar.

"Kami perlu membaca perlawanan dengan lebih baik. Apa yang anda perlukan untuk menang? Anda tidak perlu selalu menang bergaya," katanya.

"Saya fikir Chelsea adalah contoh yang baik. Musim lalu mereka adalah pasukan terbaik, mereka tahu apa yang perlu mereka lakukan.

"Kami mesti memastikan kami belajar daripada masa lalu dan melakukannya pada musim ini."
 

Advertisement

Must Watch Video