Wira Wigan Athletic dalam Piala FA, Will Grigg, memuji kelab itu yang meraih keputusan mustahil selepas gol tunggalnya memastikan penyingkiran mengejut pendahulu Liga Perdana, Manchester City, awal pagi tadi.
Grigg tenang menyudahkan peluang terhidang untuk menewaskan Claudio Bravo susulan kesilapan Kyle Walker pada minit ke-79 untuk menempah tempat ke suku akhir.
Skuad bimbingan Paul Cook yang beraksi dalam kancah Liga Satu itu turut menyaksikan impian barisan kendalian Pep Guardiola untuk melakar sejarah meraih empat kejuaraan musnah.
Aymeric Laporte dan Fernandinho mensia-siakan peluang untuk City pada babak pertama dan tugas mereka bertambah rumit apabila Fabian Delph dibuang padang atas kekasarannya terhadap Max Power.
Wigan dipaksa bekerja keras mengekang asakan bertali arus pelawat selepas rehat sebelum Grigg menyumbat gol ketujuhnya dalam kempen Piala FA musim ini.
"Ia aksi cemerlang -- jelas sekali ia adalah perlawanan yang mudah di luar sana," seloroh Grigg ketika bercakap dengan BBC Sport selepas perlawanan.
"Ini adalah persembahan luar biasa yang ditampilkan pemain muda, City mungkin pasukan terbaik di Eropah pada masa ini.
"Saya melepasi perangkap ofsaid dan bersaing dengan Kyle Walker tetapi ia tidak berlangsung seperti yang saya inginkan.
"Sebagai seorang penyerang, saya mahu mencetak gol, tidak kira peringkat apa sekalipun dan bernasib baik kerana bola itu bergolek masuk," ujarnya.
Ditanya apakah dia memasang impian mengulangi kejayaan final Piala FA 2013 ke atas City, Grigg menjawab: "Sejujurnya, mungkin tidak, kami bekerja sangat keras. kami merancang permainan yang hebat bersama-sama.
"Malah sebelum insiden kad merah itu, kami bermain baik. Ia hadir pada masa yang tepat tetapi ia adalah salah satu perkara yang berbeza.
"Berdepan pasukan sehebat City, anda dapat saksikan mereka menguasai permainan pada separuh masa kedua.
"Mereka mempunyai beberapa bakat yang sukar dipercayai, beberapa pemain terbaik dunia dan kami bertahan dengan luar biasa."
Sementara itu, Guardiola akur dengan layangan kad merah Delph dengan berkata: Tiada apa, 'kekalkan posisi sebenar anda'.
"Kalau anda mahu bertanyakan tentang bola sepak, tanyalah. Tiada apa yang berlaku di dalam terowong dan juga pemain saya. Tiada. Itu sahaja."