Skip to main content

Bola Sepak

Westwood akui kelemahan pasukan Pulau Pinang

26117westwood.jpg
Ketua jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood, tidak mahu pasukannya berputih mata sekali lagi dalam misi meraih tiga mata dalam aksi kedua Liga Super berdepan Perak di Stadium Bandaraya, esok. 

Tewas 0-2 menentang Selangor, Sabtu lalu, menjadi pengajaran berguna buat anak buah jurulatih dari England itu untuk mereka merobek kubu Perak di laman sendiri.

Tegas Westwood, barisan pemain, terutama di bahagian serangan, hanya perlu lebih agresif dalam memanfaatkan peluang di hadapan penyokong sendiri nanti.

Apatah lagi, Perak yang dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Karl-Heinz Weigang, tidak boleh dipandang enteng oleh Pulau Pinang di mana kesilapan kecil mampu membawa padah.

"Kami perlu mencuba sedaya-upaya. Kami tidak akan memenangi perlawanan sekiranya ada pemain melakukan kesilapan.

"(Bagaimanapun) Itu juga sudah menjadi jangkaan kerana kami terdiri daripada pemain muda. Apa yang kami mahukan adalah kemajuan dan memberikan 100 peratus," katanya. 

Setakat ini, khidmat pemain import Pulau Pinang, Nigel Dabinyaba, dari Papua New Guinea masih belum dapat digunakan berikutan masalah kecederaan

Bagaimanapun, Westwood tetap akan melakukan beberapa perubahan pemain, berbeza daripada perlawanan Sabtu lalu.

"Setiap perlawanan, kami akan menilai semula setiap posisi. Kami cuba melakukan kerja rumah. Kami mencari formula dan formasi yang bersesuaian dan tidak bermain dengan pasukan yang sama. 

"Kadang-kadang kami membuat pertukaran untuk memastikan persembahan baik dapat ditunjukkan," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video