ARSENAL 5 EVERTON 1
Arsene Wenger percaya kedatangan Henrikh Mkhitaryan dan Pierre-Emerick Aubameyang memberi Arsenal satu permulaan baru dan dapat membantu mereka merebut tempat empat teratas dalam Liga Perdana Inggeris.
Aubameyang -- yang tiba dengan rekod perpindahan tertinggi kelab bernilai £56 juta (RM307 juta) dari Borussia Dortmund -- menandakan penampilan pertama bersama Gunners dengan menjaringkan gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Everton, dengan Aaron Ramsey mencipta hatrik di Stadium Emirates, awal hari ini.
"Saya percaya, ya," kata Wenger kepada Sky Sports ketika ditanya adakah dia berasakan ini permulaan baru dalam tempoh panjangnya bersama Arsenal.
"Kami mahu melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah melalui Liga Perdana Inggeris dan itulah sebabnya perlawanan akan datang sangat penting.
"Kedua-dua pemain yang masuk semasa jendela perpindahan itu kelihatan seperti mereka selalu bermain bersama kami. Ia kerana mereka mempunyai pergerakan, keupayaan dan kualiti teknikal yang sama," tambahnya.
Wenger sebelum ini mengatakan Aubameyang tidak mungkin beraksi menentang skuad Sam Allardyce itu akibat demam tetapi penyerang antarabangsa Gabon berkenaan melengkapkan 90 minit perlawanan.
"Dia tidak cergas sepenuhnya tetapi sudah tentu kamu lihat kualitinya -- pergerakan, ketajaman, kualiti penyudahnya. Ia sangat memberangsangkan," kata bos Arsenal itu.