Skip to main content

Bola Sepak

Wenger dedah disindir pegawai perlawanan

wenger-pengadil.jpg
Arsene Wenger mendedahkan bagaimana pegawai keempat perlawanan, Graham Scott, secara menyindir menawarkan untuk menamatkan derita Arsenal ketika pasukan itu dibelasah 3-0 oleh Manchester City dalam final Piala Liga di Wembley, awal hari ini.

Gol-gol Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva memberikan Pep Guardiola trofi pertamanya dalam bola sepak Inggeris selepas hanya 65 minit permainan.

Pierre-Emerick Aubameyang mensia-siakan peluang awal buat Arsenal tetapi mereka jelas ditenggelami sambil Wenger tewas dalam final kejohanan ini buat kali ketiga.

Wenger yang jelas hampa, menyorot bagaimana Scott mempersoalkan mengapa pengurus berbangsa Perancis itu mahu memanjangkan deritanya ketika dia merungut mengenai tambahan masa tiga minit yang sepatutnya diberikan.

“Sukar untuk kami bangkit,” katanya dalam siding media. “Pengadil tidak memberikan kami waktu kecederaan.

“Apabila saya bertanyanya, ‘Kenapa anda tidak berikan lebih masa?’, dia bertanya saya balik, ‘Kenapa anda mahu lebih masa?’

"Saya memberitahunya, ‘Ia bukan untuk anda menghakiminya, berapa lama masa yang ada, jika anda mahukannya atau tidak. Berilah tambahan masa biasa yang sepatutnya.’”

 

Advertisement

Must Watch Video