Skip to main content

Bola Sepak

Wenger bangga dengan aksi ditampilkan Ozil

ozil_2.jpg
Arsene Wenger berbangga dengan aksi yang dipamerkan Mesut Ozil untuk Arsenal ketika meraih kemenangan 4-1 dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa (UEL) ke atas CSKA Moscow, awal pagi tadi.

Walaupun Aaron Ramsey dan Alexandre Lacazette meraih pujian selepas masing-masing meledak dua gol, segalanya berpunca daripada gerakan Ozil di Stadium Emirates.

Pemain kebangsaan Jerman itu meraih sepakan penalti untuk gol pertama Lacazette sebelum melakukan hantaran untuk jaringan kedua Ramsey.

Ozil turut mengumpan gol terakhir Arsenal yang disempurnakan oleh Lacazette dan Wenger berpuas hati dengan persembahan bekas pemain Real Madrid itu.

"Ozil menikmati perlawanan ini dan saya berharap anda turut sama," kata Wenger.

"Anda melihat seorang pemain bola sepak yang berkualiti beraksi di atas padang."

Wenger turut memuji aksi yang dipamerkan CSKA yang turut memberikan kesukaran kepada Arsenal sepanjang perlawanan.

Jaringan penyamaan Aleksandr Golovin ternyata meningkatkan semangat kelab Russia itu untuk memberikan tekanan ke atas tuan rumah. 

"Separuh masa pertama menyaksikan permainan pantas dipamerkan oleh CSKA, ia telah memberikan kesukaran kepada Arsenal.

"Permainan yang ditampilkan agak jarang dapat disaksikan di England tetapi kami bertuah meraih kemenangan dalam perlawanan ini."

Advertisement

Must Watch Video