Skip to main content

Bola Sepak

Wembley seperti taman saya -- Giroud

giroud.jpg
Bersaing di Wembley seperti "bermain di taman" buat Olivier Giroud, yang menjaringkan gol cantik buat Chelsea ketika mencipta kemenangan 2-0 ke atas Southampton dalam aksi separuh akhir Piala FA, semalam.

Giroud, yang memenangi tiga trofi Piala FA bersama Arsenal, meledak gol pertama Chelsea pada minit pertama separuh masa kedua. Alvaro Morata hadir sebagai pemain gantian untuk melengkapkan kemenangan The Blues, sekali gus membawa skuad kendalian Antonio Conte ke aksi final Piala FA, dengan Manchester United dan bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho, menjadi lawan mereka.

"Saya telah memberitahu rakan sepasukan bahwa saya mahu menikmati aksi Piala FA kerana saya tahu perasaan untuk mencipta kemenangan," kata Giroud.

"Beraksi (di Wembley) seperti bermain di taman saya, saya sangat suka beraksi di sini.

"Eden (Hazard) melakukan hantaran yang kemas tetapi saya nampak terlalu banyak pertahanan di depan saya. Saya cuba untuk menggelecek, saya sangat bertuah kerana dapat menyempurnakan jaringan tersebut.

"Saya sangat gembira untuk pasukan kerana berjaya meraih kemenangan ini."

Advertisement

Must Watch Video